Tuesday, 13 November 2018

EK MAQDS K30 21.10.18 B3 KEHIDUPAN DUNIA I. KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA MS20

Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 30)
(Rabu, 31.10.2018) 
Erti Kehidupan (EK) Menurut Al Quran dan As Sunnah 

BAB 3 – KEHIDUPAN DUNIA

i-KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA

Ayat 11 : Surah An Nahl (16 : 61) 

Tidak semua kezaliman akan dikenakan hukuman di dunia. 
Begitu juga tidak semua dosa akan mendapat balasannya di dunia. 
Allah mengetahui setiap dosa dan kezaliman akan tetapi kadang-kadang hukuman yang sebenar ditunda hingga ke akhirat. 

‘This is a reflection of Allah’s Mercy in that He does not punish us right away for our sins.’ 
‘This is how Allah shows us that He is Al-Ghafur(Maha Pengampun)and that He is Merciful.’  


                                                    GANJARAN
Orang Kafir yang berbuat baik:      Dunia : 100% Akhirat : 0%
Orang Kafir yang berbuat jahat      Dunia : 1% Akhirat : 99%


GANJARAN
Orang Mukmin yang berbuat baik
Dunia : 1%
Akhirat : 99%
Orang Mukmin yang berbuat jahat
Dunia : 100%
Akhirat : 0%

Sekiranya ujian di dunia banyak dan berat, ini berkemungkinan di akhirat nanti ganjarannya akan lebih lagi.
Pahala meninggalkan dosa lebih besar dari membuat kebaikan. 
Kerana dosa bermaksud kita akan dihukum dan perlu proses penyucian. 
Ini bermakna, yang terbaik ialah MENINGGALKAN DOSA :- 
Yakni hindarkan kezaliman, kurangkan dosa!

Sekiranya Allah benar-benar ingin menghukum manusia terus, maka tidak ada apa-apa lagi yang akan tinggal di bumi.

Apabila Allah menciptakan kita :-

Roh à Jasad (@ 4 Bulan),

semua yang ada di bawah ini akan ditentukan oleh Allah S.W.T :

1.Rezeki
(Own Budget) – semua nikmat yang telah ditentukan untuk kita
2.Ajal
Tempoh masa yang boleh kita gunakan
3.Amal
Kegunaan
4.
Bahagia dan Sengsara
How we use all of this list, will determine’ Bahagia dan Sengsara.

Sebenarnya, Kita yang telah menzalimi diri kita sendiri jika kita tidak faham dan tahu cara untuk menggunakan ‘budget’ yang Allah berikan kepada kita. 
Ajal pula adalah tempoh untuk setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. 
Ajal musamma – hanya Allah yang tahu. 

Surah Al-An’am (6 : 2) 

Ajal terbahagi kepada dua :

1.Ajal  قَضَىٰ (Qada)
Ditetapkan oleh Allah dan disampaikan pada Malaikat.
2.Ajal  مُسَمًّ
(Musamma)
Hanya Allah yang mengetahui.
Ini adalah keputusan terakhir ditentukan oleh Allah. عِنْدَهُ

Musamma:
-Inilah ajal yang tidak boleh ditunda atau didahulukan.

Salah satu jenis sabar ialah sabar dengan menerima ketentuan Allah. 

Ayat 12 : Surah Al-Anfaal (8:48)  

Ayat ini menceritakan tentang syaitan yang berupa manusia berjumpa dengan pemimpin-pemimpin untuk melawan Rasulullah. 
Hakikat dunia ialah kebanyakan urusan kita ‘ditumpangi’ oleh syaitan. 
Terutama perkara-perkara yang menjerumus ke lembah kemaksiatan dan kejahatan. 
Kita sentiasa ‘disogok’ dengan ‘kebaikan’ dalam membuat perkara-perkara mungkar sehingga kita tidak sedar lagi bahawa perkara tersebut adalah DOSA
Apabila kita sudah terjerumus, syaitan akan tinggalkan kita kerana dia sendiri takut kepada Allah S.W.T. 
Selalunya kita ditipu oleh syaitan kerana dosa kita sendiri dan kerana inilah Allah S.W.T tidak membantu.  
Apabila kita sedar dengan kesilapan kita, ISTIGHFAR dan BERTAUBATLAH

Surah Ibrahim (14 : 22) 

Ayat ini menceritakan cara syaitan menyelewengkan fikiran kita dan kenapa kita mengikutinya? 
Tapis setiap fikiran yang terfikir untuk mengelakkan bisikan syaitan. 
Nabi berkata, fikiran yang menyuruh taat pada Allah adalah dari Malaikat. 
Manakala fikiran yang menyuruh kita melakukan maksiat sudah tentunya dari syaitan. 

TUNAIKAN HAK-HAK ALLAH SETIAP HARI DAN IN SHAA ALLAH KITA AKAN TIDUR LENA!




No comments:

Post a Comment