Tuesday, 13 November 2018

EK MAQDS K31 7.11.18 B3 KEHIDUPAN DUNIA I. KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA MS21

Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 31)
(Rabu, 7.11.2018) 
Erti Kehidupan (EK) Menurut Al Quran dan As Sunnah 

BAB 3 – KEHIDUPAN DUNIA
i-KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA

Al Quran dengan jelas menerangkan tahap kehidupan kita dengan jelas. Kehidupan dunia dan akhirat. Orang Islam yang jelas, tiada ragu. Apabila memahami perjalanan hidup sebagai manusia, kita dapat jangkakan apa yang berlaku selanjutnya. Tiada yang samar2. Kehidupan jelas berpandukan Al Quran dan Sunnah. Sebab kita tahu, kita sedia awal2.

Bukan untuk ditakuti (kematian) tapi dipersiapkan

Kita masuk syurga bukan kerana amal kita, kita masuk syurga hanya dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Kita beramal soleh untuk mendapatkan kasih sayang rahmat Allah.
Jangan harapkan amalan kita yang penuh cacat cela melayakkan kita ke syurga yang sempurna. Memang tidak akan layak. Quality amalan versus quality. AMalan yang disukai oleh Allah.

8 Orang yang disukai oleh Allah:

1.Al Baqarah, Ayat 195 – Amalan dengan Ehsan

Target Amal – usahakan amalan ehsan. Itqan, mengamalkannya dengan teliti. Buat dengan cara baik kemas dan teliti

Ehsan – berhubung dengan Allah – amalan solat contohnya dengan paling baik dan teliti
** Ehsan dengan Allah iaitu menyembah Allah seolah-olah melihatnya.

Ehsan – berhubungan dengan Mahluk/Manusia – pun sama, teliti, jangan cincai pulak. Ramai silap disini, dengan manusia tak ehsan, tak teliti dan tak terbaik kerana anggap ehsan dengan Allah sahaja

2. Al Imran, Ayat 76 – amalan ada unsur takwa


-Takwa – prenvention, tindakan berjaga-jaga, berhati-hati. Orang yang selalu mengambil tindakan preventive dan proactive. Buat sesuatu dengan jelas. Atas asas ilmu yang jelas

3. Al Maidah, Ayat 42- amal yang berlaku ADIL – bukan taksub, fanatic, bias

a.     Berlaku adil pada diri (Roh (Khusyuk, munajat, mengingati Allah), Jasad, Akal, Nafsu, Hati- Jangan zalim terhadap salah satunya, usahakan untuk berlaku adil. Bagi hak kepada semua.*Kawan2 pun ada haknya. Juga orang lain

B Berlaku adil pada orang lain

4 & 5. Surah Al Baqarah, Ayat 222 – Cepat dan sering bertaubat dan membersihkan diri

Cepat dan selalu bertaubat (cepat mengakui kesalahan), tidak tunda2. Ada orang Allah sayang kerana buat salah dan cepat bertaubat.

Orang yang suka membersihkan dirinya ( Mutatahirrin), dia tak kotor, tapi sentiasa cara usaha untuk bersihkan hati. Walaupun tak bersalah, suka bertaubat dan beristighfar. Cari perkara yang boleh membersihkan diri.

***Utamanya ialah meninggal dosa/larangan/jadi kotor.Itu focus.

6. Surah Ali Imran, Ayat 146- Amalan yang disaluti dengan kesabaran,

Tak terburu buru, tenang. Masa solat dengan penuh sabar. Sabar dengan segala usaha/hal.
Tahap sabar 1 – Sabar menghadapi perkara yang dilarang/dimurkai oleh Allah. Menahan diri
Tahap sabar 2 – Sabar dalam membuat /melakukan kebaikkan – solat, zakat,
Tahap sabar 3 – Sabar dalam menghadapi musibah
Kalau 1 dan 2 dah elok dan betul. Tahap sabar 3 jadi senang. Musibah jadi ringan
Tahap sabar 4 – Sabar dalam medan peperangan , melawan musuh

Focus dengan amal yang disukai oleh Allah. Jangan banyak2 nak buat, nanti letih. Tak terkesan

7. Surah Ali Imran, Ayat 159. – Orang yang bertawakal dengan Allah, mengantungkan diri dan usahanya itu kepada Allah. 

Allah sangat suka. Tandanya, selalu mengadu pada Allah. Nama Allah As-Samat (tempat bergantung).

8. Surah Saff, Ayat 4 – Allah suka orang yang berusaha menyatupadukan (saff) bukan memporak porandakan. 
Bagaimana boleh bekerjasama. Bersatu padu dengan baik. Kemahiran bekerjasama.

Amal kita tak boleh melepaskan diri kita dari api neraka.

**************************************************************************
Nabi, shallalahu ‘alayhi wassalam, bersabda:

Tidak ada amalam seorangpun yang boleh memasukkannya  ke dalam syurga

“Tidak ada amalan seorangpun yang boleh memasukkannya ke dalam syurga, dan menyelamatkan  dari neraka.  Tidak juga denganku, kecuali dengan rahmat dari Allah” (HR. Muslim no. 2817).

Maksudnya adalah seorang tidak boleh membayar nilai syurga Allah dengan amal perbuatannya, kerana amalannya penuh dengan cacat, sementara syurga Allah terlalu sempurna untuk menjadi balasannya. Adapun  penafian sebab masuk syurga kerana amal pada hadit, bermakna dalam perkara balasan yang setimpal. Hanya dengan rahmat Allah saja seorang boleh tinggal di syurga-Nya. Allah menetapkan segala sesuatu dengan sebab dan akibat . Dalam hal ini, Allah 'azzawajjala menjadikan sebab mendapatkan rahmat-Nya ialah dengan amal soleh.

Ketamakan anak Adam.
"Andai anak Adam diberi emas satu lembah, ia ingin mendapat dua lembah. Tidak ada yang dapat membungkam mulutnya selain tanah, dan Allah mengabulkan tuabat hamba-Nya yang bertaubat". (HR. Bukhari-Muslim)- (HR Bukhari 6439 dan Muslim 1048)

Tamak ada 2 jenis
Tercela – tamak pada dunia dan seluruh isinya, harta anak kedudukan
Terpuji – khusyuk, syukur, sabar, takwa, tawakkal

Orang yang disegerakan nikmat dunia
Dalam kesempatan yang sama, Umar ibnul Khaththab radhiyallahu 'anhu berkata pada nabinya:
"Mohon engkau wahai Rasulullah berdoa kepada Allah agar Allah memberikan kelapangan hidup bagi umatmu. Sungguh Allah telah melapangkan  (memberi kemegahan) kepada Persia dan Romawi, padahal mereka tidak beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Rasulullah meluruskan duduknya, kemudian berkata, " Apakah engkau dalam keraguan, wahai putra A-Khaththab? Mereka itu adalah orang-orang yang disegerakan kesenangan (kenikmatan hidup/rezeki yang baik-baik) mereka di dalam kehidupan dunia.? (HR. Al Bukhari no. 2468/5191)

Orang Kafir yang baik dan teliti  99 (balasan didunia/(kebaikkan yang disegerakan): 1 (neraka yang lebih ringan) – meringankan dari azab , bukan keluar dari azab
Orang Kafir yang buat buruk 1: 99
TERBALIK
Orang Mukmin yang Baik : Dunia 1% : Akhirat 99%
Orang Mukmin yang Buruk :                : Akhirat 0%
Fokus on prevention, kalau buat jugak, delete, taubat.





















No comments:

Post a Comment