Sunday, 28 October 2018

EK MAQDS K29 24.10.18 B3.KEHIDUPAN DUNIA 1. KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA MS19

Kelas Tadabbur Al Quran
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan Sunnah
24.10.2018

Al Ghafir, 40:39

Hampir setiap nabi dan rasul mengingati benda yang sama. Iaitu dunia ini hanya sementara

Surah Al- A'la, Ayat 16-19
Dunia ini sementara dan akhirat kekal abadi dan lebih baik. Ini ada dalam lebaran2 kitab..sahifah Ibrahim dan Musa

Tapi dalam mcm byk mana diulang dan diingatkan..manusia masih sangkut dgn dunia..bergaut dan berpaut pada dunia

Akhirat adalah akhir. Dia kekal dan tak berubah. Tiada alam lain lepas tu

Qararr bermaksud tetap /stabil
Abqar - baqa'- kekal

Darul Qararr - negeri yg stabil, consistent

Terutama orang yang menggunakan dunia utk dptkan akhirat.

Surah Al Ankabut, 29:64
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui

Kalau kaya..bukan betul2 kaya. Kalau kita miskin..bukan betul miskin. Kalau org dihina didunia..betulka hina..mungkin dalam akhirat dia mulia. 

Surah Al A'raf, Ayat 48. MS 156
Dan orang yg berada di atas al Araf memanggil bbrp orang pemuka pemuka orang kafir yang mereka kenali dgn tanda2nya, dgn berkata.. "Harta yang kamu kumpulkan dan apa yang selalu kamu banggakan itu, ternyata tidak memberi manfaat.

Al A'raf , ayat 49
Orang di atas al A'raf bertanya kepada penghuni neraka : Itukah orang yang kamu telah bersumpah bahawa mereka tidak akan mendapat rahmat Allah?. 
Kepada orang mukmin itu dikatanya, 'Masuklah ke dalam syurga , tidak ada kekhuatiran terhadapmu dan tidak pula kamu bersedih.

Hayawan ..akhirat adalah kehidupan sebenar benarnya. Jangan lepas

Hidup dunia bagaikan lakonan. Nak dpt sebenarnya. Kejarlah akhirat. Baru dpt kehidupan yg sebenar benarnya kalau mereka tahu. Depa takkan terpedaya dgn dunia..sahabat nabi..tabi tabiin.

Dia ambil hanya yang mendapat ganjaran akhirat

Sungguh berjaya orang yang beriman iaitu orang dlm solat khusyuk, dan menjauhkan diri dari lagha..perkara yang tidak mendatanhkan manfaat kepada khusyuk kita..tak menghasilkan manfaat akhirat. Orang yangberiman yang berjaya akan letak tepi. Dia pandai memilih milih perkara . Dia tahu priority..mana secondary. Yang penting adalah yg mendapatkan manfaat ukhrawi. 

Surah Al Mukminun, Ayat 1 dan 2,3

Khusyuk - maksudnya tunduk dan merendah diri. Seperti berdepan dgn orang yang kita takuti. Tunduk takut. Mata tak melilau. Focus dkt sejadah. 

Ihsan - sembah Allah seolah olah Nampak Allah didepan atau Seolah Allah tengah padang kita

Ketepikan benda yg lagha. Sikit boleh tapi dengan niat yg betul. Tapi orang mukmin berjaya tahu mana nak berhenti. Tak melampaui batas.

Pastikan semua yg dibuat untuk kehidupan yang abadi.

Kita sering lupa. Turutkan nafsu..digoda syaitan

Surah Al Imran 3:14
Dijadikan indah pula pandangan manusia kecintaan kepada apa apa yang diingini iaitu; wanita wanita, anak2, harta yang banyak dari jenis emas,perak, kuda pilihan, binatang2 ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)

Menyayangi apa yang Allah bagi tak salah. Suami Anak Emas. Boleh sayang tapi jangan sampai sayang/cinta yang bersyahawat..terikat dan bergantung dgn dia...lupa akhirat. hubbus syahawat sampai lupa akhirat. Ingat, semuanya tu kita gunakan untuk dapat akhirat..habuan disisi Allah. Gunakan..jangan sia siakan. Nanti rugi

Surah Al Hadid, 57:20
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam tanamanya mengagumkan para petani; kemudian tenaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan- Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu

Perlunya ilmu mengenai kehidupan dunia dan akhirat.

Kalau manusia sibuk mengejar harta pangkat kekayaan...itu semua aksesories. Rumah tiada. Rumah yg betul didunia adalah iman dan amal soleh. Iman foundation. Amal soleh pintu tingkap dinding bumbung. Yang perlu usahaka  dulu adalah rumahnya dulu. Bukan usaha yang lain sampai lupa rumah. zinnah perhiasan belaka. 

Di dunia tabiat manusia..suka bermegah megah..show off. 

Kita masih kerana orang...bukan kerana Allah betul2. Belajar ilmu untuk bekalan di akhirat. Jangan sebab orang..tafahhur. bermegah dengan amal soleh dan ilmu. Boleh rosak.

Gembira hanya bila dapat habuan dunia...maknanya dia hamba dunia.

Gembira org beriman...bila dpt menunaikan pertintah Allah.

Surah Yunus ayat 57 n 58, ms 215

Katakanlah (Muhammad) Dengan kurniaan Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan Allah dan rahmatnya itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan

Manisnya apabila rasa rahmat dan kurniaan Allah..cth bila khusyuk dlm solat..membaca Al Quran...
 Bagi didikan Agama..agar anak dapat ilmu hak dan tanggungjawab. Jangan gembira dari segi material.. 
Gembira bila dpt laksana solat awal waktu...tgk anak kita taat. Gembira mcm tu akan berulang di akhirat. 

Surah Al Insyiqaq, Ayat  6 ke 9.

Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuinya

Maka adapun orang yang catatannya diberi dari sebelah kanannya,

Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah.

Dan dia akan kembali kepada keluarganya yang sama2 beriman dengan gembira
..............

Kehidupan dunia seperti air hujan..masuk tanah..subur tanaman.. orang yang beriman perlu beri manfaat. 

Di akhirat ada 3 perkara
1.azab yang dahsyat...bagi org yang tidak gunakan dunia utk mendapatkan akhirat
2. Ada keampunan Allah
3. Ada keredhaan Allah. Adalah lebih besar lagi dari syurga.
* dan tidaklah kehidupan dunia ini hanya kesenangan menipu.


Maka cari yang kekal abadi. Iaitu kehidupan akhirat

No comments:

Post a Comment