Wednesday, 28 November 2018

EK MAQDS K33 28.11.2018 B3 KEHIDUPAN DUNIA 2. WASPADALAH TERHADAP DUNIA MS 22

Kelas Taddabur Al Quran
28.11.2018
I- Waspadalah Terhadap Dunia, ms 22 EK
Perumpaan mengenai Dunia.
***********************
Macam kita dalam sungai sedang nak menyeberang sungai. Deras air. Syaitan ajak mcm2..naik rakit/naik boat/canoe/. Berada dalam aliran sungai ini...mcm di dunia..sifatnya mengheretkan kita/ tarik kita. Kene focus utk sampai ke sebrang.
Banyak yg terpengaruh
Laibbun yg melalaikan fizikal..walahuun yg melalaikan hati kita. 
Kalau dunia mengheretkan kita..akan rasa jauh nak sampai ke destinasi.
Tabiat dunia mmg mengheretkan kita. Dunia seperti sungai.
Surah Al Anfaal, 8:28
***********************
Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanya sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.
Analogi sungai. Bila kita nak seberang sungai..kita akan ditambah beban untuk dibawak sekali...cthnya mcm bungkusan makanan..benda2 yg menarik kita....harta n anak. Makin berat...makin susah..lambat sampai. Jangan khuatir..jangan tinggalkan. Tetap bawak. Jaga beban ini. Kalau dah Allah bagi..jaga...guna harta untuk menyeberang bukan untuk memancing. Guna harta n anak untuk mudah menyeberang. Tetap fokus untuk seberang sungai..jangan lalai dgn anak dan harta..diseberang tu ada pahal besar...mengatasi segalanya.
Surah Al Kahfi, 18:46
***********************
Harta dan anak2 adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik untuk menjadi harapan.
Sungai ini penuh benda yang menarik/hiasan. Mcm2 ada yang menarik. Namun ingatlah..jangan terpedaya. Fokus pada apa yang ada diseberang yang jauh lebih baik.  Nabi Rasul n ulama mengajar manusia mcm mana nak dapatkan pada apa yang diseberang walaupun tak nampak. Untuk yg nampal didunia..mudah sahaja untuk manusia dapat. Jangan terpegun. Majlis ilmu agama untuk ingatkan kita pada alam akhirat.
Jadikan nikmat hiasan yang kamu kutip sebagai amal soleh dan boleh bawa ke seberang dan menjadi tiket masuk ke syurga. Tidak boleh masuk tanpa bekalan.
*baqiatu solihat*..ini adalah amat baik
Surah Al Munafiqun, 63:9
*************************
Hai orang orang beriman, janganlah hartamu dan anak anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang yang merugi.
Dalam menguruskan anak dan harta. Kita perlu bahagikan masa. Jangan turut semuanya. Mesti ada bahagian mengingati Allah. Kene peruntukkan masa untuk Allah.
Surah An Nur, ayat 37ms 355
******************************
Lelaki2 yang tidak dilalaikan dengan peniagaan, jual beli......
Jangan sebab harta n anak kita lalai utk:-
1. Zikir - paling minimum. Pagi dan petang.
2. Solat Fardhu
3. Tunaikan Zakat 2.5%
Insya Allah, ada 3 ni. Orang ini akan balasan lebih baik dan tambah kurniaan yg baik dan memberi rezeki tanpa hisab.
Prinsip Rezeki
****************
Pada umur 4 bln dalam rahim. Ditiupkan roh dan takdi dalam jasad dan dtg 4 pakej. Boleh sampai ke seberang/ syurga dengan selamat. (Ini budget yg cukup)
1. Rezeki - tempoh/ajal/kegunaan/amal.
Kurniaan * Fadhlun/Bonus.selain dari rezeki. Allah bagi lebih.
*surah An Nur - Allah tambah kurnia
2. Ajal
3. Amal
4. Bahagia/Sengsara
Pastikan setiap nikmat perhiasan yang kita dapat untuk meraih redha Allah.
Prinsip Keadilan Allah. Ingatlah. Allah Maha Adil. Pasti akan datang keadilan.
Surah Al Isra, 17:7, ms282
****************************
Jika kamu buat baik..kamu buat baik untuk diri kamu sendiri...jika kamu buat jahat..juga untuk diri kamu sendiri
#################
Lebih baik berkeluarga dari taat berseorangan. Ulamak kata lebih baik berkeluarga. Walaupun kurang amalannya. 
#################
Surah Ali Imran, 3:10
**********************
Sesungguhnya orang orang kafir, harta benda dan anak anak mereka, sedikitpun tidak dapat menolak (seksa) Allah dari mereka itu adalah bahan bakar api neraka.
Kene guna anak dan harta untuk menjadi tebusan di akhirat. Dari kecil didik dengan baik dan kasih sayang. Tugas kita mendidik dan mentarbiyah. Amal soleh dari didikan kita. Jariah bila anak jadi soleh. Ajrun ghoirumumnun. Pahala tak putus2. Sekiranya didik betul2..adalah beberapa yg akan jadi soleh. Tak semua jadi mcm anak nabi noh 4 orang. Ham sam yam(kan an) n yafis. Nabi noh didik baik2 dan adil. Satu darinya ikut mak dia yg kafir. Nabi Noh tetap berdakwah..ajak dia naik kapal..jangan bersama dgn orang kafi. Nabi noh ajak anak je..kenapa tak ajak isteri..isteri dah meninggal. Anak 3 taat..ham sam n yafis taat dan baik. 1 tenggelam , 3 baik. Bahawasanya dari 3 ni semua manusia ada. Kita satu bapa..iaitu noh..lepas tu Adam.  80 orang manusia naik dengan nabi noh
Surah Saffat, Ayat 77,ms 449
*****************************
Dan kami jadi anak cucunya berzuria
Dalam bahasa Al Quran...semua dunia tenggelam...kecuali yg dalam kapal nabi nuh.
Satu tenggelam. 3 jadi manusia yang baik. Dan menjadi keturunan. Keturunan yang berkulit
Gelap- ham ..selatan..afrika
Terang- yafis..utara...eropah
Tgh2 - Sam
Surah Hud, Ayat 44, ms226
***************************
Wahai bumi..telanlah airmu..wahai langit..tahan..jangan turun hujan...dan surutlah air..dan selesailah perintah Allah dan kapal berlabuh di *JUDi*
Menurut ulamak..dataran antara iraq dan iran.
Di kaki bukit Arakan di turki. Kpg Samanin...peradaban Babylon..yang paling lama. Mula dari zaman nabi Noh.
Anak cucu nabi noh pindah ke selatan.. kaum Ad..
Sam akan pecah kepada orang arab dan israel.
Penting. Didiklah. Teruskan dlm susah dan senang. Tarbiyahlah. Jadi ke tidak itu takdir Allah. Insya Allah didik dengan ikhlas. ALLAH akan jaga. Insya Allah ada yang akan jadi jariyah.
Kita kena gunakan anak dan harta untuk memberi nilai dihadapan Allah... jika sebaliknya... mereka akan jadi bahan api neraka.
Ada pahala berjalan dan tambah walaupun dah mati.
Apa saja yang manfaat yang kita berikan
*************************
1. Sedekah Jariyah dr Harta
2. Ilmu yang diajarkan dan amalan berterusan
3. Doa anak yang soleh..mcm hujan ketika kemarau..namun..kalau tak berdoa pun. Amalan baiknya tetap dapat.
Jasa ibu bapa tiada boleh dibalas.

No comments:

Post a Comment