Sunday, 28 October 2018

EK MAQDS K28 17.10.18 B3 KEHIDUPAN DUNIA 1. KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA MS19

Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 28)
(Rabu, 17.10.2018) 
Erti Kehidupan (EK) Menurut Al Quran dan As Sunnah 

BAB 3 – KEHIDUPAN DUNIA
i-KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA


Surah Al Mu’min 112-114, Ayat ke 4, Buku EK, Ms 19



Allah bertanya, berapa tahun kamu berada di dunia? Mereka jawab, rasanya kami tinggal satu hari atau sebahagian hari, maka tanyalah orang yang pandai mengira.
Dialog ini adalah dialog akhirat, tapi dikedepankkan oleh Allah dalam bentuk cerita, supaya yang masih hidup akan dapat TAHU hakikat ini.

Maka siapa yang paling pandai menghitung, adalah ALLAH. Allah menjawab, Tidaklah kamu tinggal dibumi ini tidak lebih sedikit sahaja (3 ke bawah) daripada itu
1 Hari di Akhirat = 1000 hari di dunia
1 Jam di Akhirat = 42 Tahun di dunia

Hakikatnya, kurang dari 3 jam, sedikit – Kalaulah kamu tahu itu. Menegaskan kita gambaran di dunia, memang sekejap bila kira dengan kiraan akhirat. Sangat sekejap hidup didunia.

Jika ada tawaran, Saya bagi you 2 jam buat dengan terbaik, TAAT , buat yang disuruh dan tinggal larangan, aku boleh jamin lepas tu aPa jua yang kamu nak , apa sahaja.

Allah yang bagitahu kePAda kita, Wahai anak Adam, aku turunkan kau ke bumi untuk 2, 3 jam dan buat elok2 dan bertahan, aku akan kembalikan kau kepada syurga, lepastu tiada apa pun yang dilarang. Allah yang mencipta segalanya dan Jaminan Allah itu benar. YAKINLAH. Takkan tak sabar dengan ujian 2 jam. Maka siapa yang KENAL ALLAH, dia pasti buat yang betul. Siapa tak kenal Allah, tak akan yakin dan akan remehkan.

Keimanan sangat dituntut. Pegang ini. Gunakan setiap detik untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah.

Kalau nak pergi musafir tempat yang jauh untuk 3minggu – mesti bawak banyak baju, barang, makanan. Dalam hidup kita ini, kita berjalan untuk perjalanan dekat dan juga untuk perjalanan jauh. Dekat dunia, Jauh akhirat. Maknanya di dunia ini kita pakai apa yang perlu sahaja. Tapi perjalanan akhirat selama-lamanya, tiada had masa. Jadi, sediakan BEKALAN yang cukup. Jika tidak sedia makan minum rumah pakaian dari sekarang, tiada yang boleh dibelli di akhirat sana nanti. Tiada KEDAI di sana. Pada hari itu tiada transkasi/jual beli mahupun persahabatan.  Kecuali orang yang datang dengan hati yang bersih dan tenang. Boleh dpt semua tetapi BOOK dari sekarang, sediakan dari sekarang. Kalau tak sedia, memang takda.

Perjalanan kita masih jauh dan menakutkan dan dahsyat. Berbekallah kamu. Sediakan bekalan kamu. Sebaik baik bekalan adalah TAQWA

Booking/Tempahan bukan dengan duit/modal hanya dengan membersihkan hati. Jangan ada syak wasangka, dengki, dendam, tak puas hati. YAKIN pada Allah.

Baca surah Al Ikhlas – boleh buat istana di syurga
Solat sunat rawatib – boleh buat rumah di syurga

Pastikan buat dari sekarang. Dengan syarat Semuanya KERANA ALLAH. Transfer ke akaun tu. Jangan Silap transfer, ie sebab lain.

Yang sedikit dan sekejap ini, pastikan BAIK.

Surah Muhammad 47:36, Ayat 5 buku EK, Pg 19


Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dab bertaqwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.

-Kehidupan dunia, mengambil kekuatan fizikal, hati dan fikiran kita.

Dalam quran, apabila,di sebut TAQWA secara sendirian, maka dalamnya ada IMAN DAN AMAL SOLEH. Bila TAQWA digabungkan dengan Iman, maknanya IMAN melibatkan HATI dan TAQWA – beramal soleh di dunia.

Untuk iman dan taqwa, tak perlu ada harta. Kalau ada harta, confirm kene hisab. Erti kata, orang takde harta pun, boleh dapat IMAN dan TAQWA

Allah bagi mcm-mcm. Kenapa Allah sebut HARTA?. Sebab manusia sukakan harta. Pemikiran
UKhrawi Vs Duniawi.

Jangan tunggu ada harta, apa yang ada digunakan untuk membuat kebaikkan

Allah tak tengok pada rupa, badan , harta dan lain-lain, tapi tengok HATI kita. RM1.00 kita mungin ada sama nilai dengan RM100,000. Ikut percentage
Ada RM2.00, Sedekah RM1.00 – 50%
Ada RM10juta, sedekah RM100,000 – berapa %?
Mana lagi tinggi nilainya.


Surah Ar-Ra’d 13:26, Ayat 6 buku EK, Pg 19



Jangan cemburu dan irihati dengan orang yang lebih kaya dari kita. Rezeki sudah ditentukan oleh Allah



Surah An Nisa’, Ayat 32, MS 83

Dan janganlah kamu iri hati/berangan angan terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNYA. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Kalau tak berusaha, Janganlah nak berangan. USAHA dulu. Tunjukkan keinginan kamu dalam bentuk usaha yang gigih.

Beza CITA2 dengan ANGAN2
CITA2 berpandukan usaha dan doa.

GUNAKAN APA JUA YANG ALLAH BERIKAN UNTUK MENDAPAT REDHA DAN SYURGA ALLAH

Kalau kamu tahu nikmat dapat khusyuk solat, pergi majlis ilmu….dll. SYUKURI NIKMAT IBADAH & TAQWA.
Jangan gembira dapat bahagian DUNIA sahaja…ie dapat duit banyak untuk shopping
‘FARIHU’.

Gembira dan bahagia hanya bila kita dapat GUNAKAN segala yang Allah bagikan untuk mencari redha Allah. SERONOK untuk membuat ketaatan.  Apa yang dunia akan rasa NOTHING. Tidak dapat menikmati kehidupan.

Bahagia selamanya, adalah bila kita berjaya melakukakan amal soleh, dengan melawan hawa nafsu. Bahagia yang akan tahan lama. Ulang dan ulang lagi. Nak hafal Quran, 2 baris sehari. Bahagia yang sesuai dengan fitrah kita, ialah berjaya membuat amal soleh. Istiqamah dalam amal soleh, adalah kebahagian.

Orang akan terus MENYESAL bila dia tak mula amal soleh.




No comments:

Post a Comment