Sunday, 28 October 2018

EK MAQDS K27 3.10.18 B3 KEHIDUPAN DUNIA I.KENYATAAN & GAMBARAN KEHIDUPAN DUNIA MS18

Kelas Tadabbur Al Quran
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan Sunnah
03.10.2018

BAB 3 - Kehidupan Dunia
i) Kenyataan dan Gambaran Kehidupan Dunia

i) recap: Ayat 1 (Surah Yunos 10:24)

Air Hujan adalah anugerah Allah SWT iaitu roh kita yang bercampur (ikhtolafa) dengan bahagian-bahagian lain iaitu jasad, akal, hati dan nafsu yang mana apabila manusia memahami konsep ini barulah ia dapat memperkasakan dirinya dan dengan benih amal soleh, barulah ia menjadiorang yang beriman yang akan memanfaatkan semua makhluk disekelilingnya.

Hasil usaha (kesan amalan) yang kita buat di dunia ini akan dilihat waktu sakaratul maut lagi, hadis Rasullullah

Dunia ini adalah tempat kita bercucuk tanam kebaikkan/amal soleh yang mana hasilnya akan dilihat dari waktu nazak lagi.

2) Ayat 2 (Surah Al Kahf -18:45-46)

" Wadhrib" - kata asal adalah 'dha ro ba' bermaksud pukul
Allah seperti menyatakan 'pukul' manusia dengan perumpamaan 'air hujan yang Allah turun' sehingga mereka memahami bahawa setiap tapak/langkah yang kita ambil di dunia ini harusnya meninggalkan benih amal soleh

Benih paling kecil adalah Zikrullah.

Luasnya tanah kebun kita didunia adalah umur kita dari  waktu kita baligh hingga mati.

Benih yang kita tinggal pula seharusnya dibajai, disiramisupaya sentiasa subur. Jangan sampai ia  mati kerana tidak dijaga, ( Feed your Soul)

Jaga ikhlasnya (benih/roh), sentiasa muhasabah diri, jauhu hasad dengki

Muhasabah diri patutnya -
i) sebelum membuat sesuatu (qobla)
ii) selepas membuat sesuatu (ba'dal)

Adakah apa yang hendak buat itu  sesuatu yang baik dan benar2 hanYA kerana ALLAH, Jika ya TERUSKAN, If no, HolD first and betulkan niat dengan berdoa memohon pertolongan. 

Sentiasa mencari amalan yang bersifat jariah yang akan terus subUr walaupun kita telah mati.

Kata Rasulullah SAW, amalan jariah  termasuk
1) Harta yang diinfak di jalan Allah SWT
-membuat aliran air
-tanam pokok
-buat tempat naungan

2) Ilmu - bantulah dan kongsikan!! ( Iman + amal+ nasihat +sabar = ini adalah manusia ang paling menguntungkan)

3) Anak- semahal-mahal asset untuk seseorang manusia - kerugian paling besar adalah apabila seseorang melepaskan peluang untuk mendidik anak2. Amanah dari Allah SWT adalah untuk mendidik anak2, jangan dilepaskan begitu sahaja

" Muqtadira" - root word qodir - kuasa 

Surah Al Kahfi, Ayat 46
- Harta dan Anak2 adalah perhiasan dunia yang  boleh menjadikan amalan yang kekal *baqiyatu soliha " ataupun boleh meng....... kita sekiranya kita merasakan kita memiliki semua itu dan merasakan kita memilliki semua itu dan merasakan semua itu hasil diri kita sendiri.

Surah Al Qashash (28:60)
- Allah mengingati kita lagi bahawa semua harta, pangkat dan anak adalah perhiasan dunia. Ianya hanya akan bermanfaat kepada kita sekiranya kita 'pindahkan' semua ini kepada Allah. Tentukan kita JUALKANsegala apa yang kita ada untuk mendapat rahmat, berkat, redha, kasih sayang dan kasihan belas Allah SWT.

Orang beriman akan jualkan dirinya keapda Allah SWT (see surah at Taubah 9:111)
-Allah membeli hati kita dan segala harta kita dan memberikan kita syurga . 
-Diri kita bukan milik kita. Apabila kita sudah 'menjualkan' seluruh diri kita kepada Allah SWT, kita akan buat segala perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah kerana dia memilikki kita sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment