Tuesday, 4 September 2018

EK MAQDS K22 29 .8.18 B2 ALQURAN ADLH PEDOMAN UTK MENEMUKAN MAKNA HIDUP YG SEBENARNYA 3. HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA -MENGUJI MANUSIA DGN BERMACAM UJIAN MS16



Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 22)
(Rabu, 29.08.2018) 

Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah 
iii- Hakikat Kehidupan Dunia – Menguji Manusia Dengan Bermacam Ujian


Rumusan ayat ke 8
Allah juga beri berbagai subjek ujian kepada manusia
Mental – rasa 1.TAKUT, kemudian sambung dengan ujian lain
Kalau lepas ujian takut, senang berdepan ujian lain
Perlu hilangkan atau mengurangkan perasaan takut , perlu mengawas dan mengawal agar bukan takut yang mempengaruhi kita.

Subjek lain bahan ujian Allah ialah 2.HARTA, gunakalah harta dengan baik subapaya lepas dengan baik.

Antara subjek lain ujian pada kita, Allah berikan 3.DARJAT berbeza dikalangan kita. Dengan darjat yang kita ada, tinggi atau rendah, Ianya tidak menghalangkan seseorang itu menjadi hamba yang taat dan soleh. Jangan sebab darjat, kita SOMBONG dan RENDAH DIRI

4.PANTAS DAPAT KEBAIKKAN – Cthnya, bila belajar cepat faham, bila berniaga cepat dapat keuntungan. Dimudahkan oleh Allah. EASY to come, EASY To achieve. Itu adalah ujian. 


Al An Ankabuut,29:2-3 Ayat 9, Ms 16, Buku Erti Kehidupan

(2)أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتْرَكُوٓا۟ أَن يَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
(3)وَلَقَدْ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ وَلَيَعْلَمَنَّ ٱلْكٰذِبِينَ

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (2)Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (3)


5. IMAN pasti diuji. Ianya adalah subjek ujian kelima. Sekali orang bercakap saya beriman pada Allah dan Rasul, maka siap2lah dengan ujian. Semakin ckp saya amat yakin…nanti pasti ada ujian. Dimana bahan ujian itu akan menentukan kebenaran ukapan kita tadi…kebenaran kata2. Biasanya ‘Alal -Makruh’ keatas sesuatu yang kita tak suka orang tak suka kita, orang tak sekepala, sakit, orang yang menentang kita, Kalau kita kembali kepada ayat Allah, sunatullah orang yang beriman, adalah diuji. Tapi pastinya ujian itu dalam Kapasitinya, dia boleh hadapi.

Sahabat nabi yang masuk Islam, Mak dia menentang dia masuk agama Allah, maknya mogok lapar, taknak makan selagi dia masih Islam. Musab bin Umair. Dia tetap teguh. Demi Allah ibu, saya tidak akan meninggalkan agama Allah walaupun kehilangan ibunya dan sesiapa jua. Dia pun berlalu tinggal ibunya… Beberapa hari kemudian, mak dia makan balik, dia tahu anak dia

Apakah tanda utama ‘Sidiqul Iman’. Apakah tandanya? Rajin bersedekah. Kejujuran (SIDDIQ) iman seseorang adalah pada sedekahnya. (yang dikeluarkan dari harta). Kalau iman benar, harta taka da apa, hanya dianggap sebagai pinjaman.

Zaman Khalifah Uthman al Hattab, Perang Besar Qadisiah (Jordan), Terkenal pada zaman itu
Pintu gerbang masuknya islam ke Parsi – Iran dan Iraq. Panglima Parsi pada waktu itu ialah Rustom, yang gagah berani dan besar. Bala tentera 200,000. Bala tentera Islam 12,000. Rustom rasa kagun, kenapa tentera Islam begitu berani walau sikit.
Hantar negotiator dengan panglima Islam, kamu sikit, kami banyak…baik kita berbincang. Negotiator Islam yang dihantar adalah seorang yang pendek dan berkenderaan dgn keldai tua. Tiada pakaian perang pun tapi akai daun dan besi lebihan.Tapi dia BERANI dan percaya diri. Dia sampai ke khemah Rustom…Rustom ada set up perangkap – 1. Nak masuk kene tunduk 2. Letak semua kekayaan emas berlian

Negotiator/Sahabat tu tengok pintu kecik, dia suruh keldai masuk bontot dulu, dan dia kecil so tak perlu tunduk. Sahabat tak

Wahai Rustom, saya adalah utusan pasukan Islam.
Kamu ada 3 pilihan
1.     Kamu terima Islam sebagai agama kamu
2.     Kalau tak masuk Islam, sila bayar jiziyah
3.     Kalau dua2 taknak, terpaksalah kita berperang

Rustom tanya kamu ni siapa?. Saya tentera yang paling belakang…tapi kalau orang lain datang pun sama. Rustom bagi dia emas dan berlian…dia ambik, kemudian dia bahagikan kepada tentera Rustom..terjekut Rustom dan tentera.
Perang emosi….tentera Islam menang! Datang lagi utusan lain, sama jua. Akhirnya, tentera Islam menang mengalahkan tentera besar Rustom. Kenapa ?

Iman mereka, tidak terpedaya dengan emas dan kilauaun. Godaan terbesar zaman ini adalah HARTA.

Sidiqqul Iman akan terbukti dengan SEDEKAH. (yang bukan wajib). Mudah keluar harta kepada Jalan Allah. Itu perlu USAHA dan MUJAHADDAH. Secara semulajadi manusia ini bakhil. INGAT Kebenaran iman kita akan terserlah dengan Sedekah dan Zakat.

Surah Al Hasyr, Ayat 8 dan 9 –

لِلْفُقَرَآءِ ٱلْمُهٰجِرِينَ ٱلَّذِينَ أُخْرِجُوا۟ مِن دِيٰرِهِمْ وَأَمْوٰلِهِمْ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضْوٰنًا وَيَنصُرُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓ ۚ أُو۟لٓئِكَ هُمُ ٱلصّٰدِقُونَ

(Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar. (8)

وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلْإِيمٰنَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّآ أُوتُوا۟ وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ

Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung (9)

(Al Hasyr 59:8-9)


Sodiqun – orang-orang yang benar.
KEnapa Ansar mudah beri harta dan isteri yang ada ? – Rumah, kebun
Bila dah bagi, takda keinginan dah
Bila dah beri, tiada Ungkit atau pikir lagi.
Siddiqul Iman – apa yang dah pergi dari kita, ‘kita tak perlukan’
Walaupun sendiri ada keperluan, tetapi sebab Muhajirin perlukan, dia bagika.


Ketika kita tak mampu nak bagi, kita perlu usaha cari orang lain untuk tolong orang yang meminta. Kisah nabi dan orang yang meminta makanan di rumahnya, dia bawak ke masjid sebab rumah tiada makanan.  Ada sahabat angkat tangan dan bawak tetamu ke rumah, dah masuk rumah, sahabat tanya isteri ada makanan tak, ada tapi sikit tak cukup…dia suruh isteri hidang untuk tetamu nabi. Tutup lampu, makan dalam gelap. Tetamu tu makan, tuan rumah lapar dan perut berbunyi. Lepas solat subuh, Nabi terima wahyu, surah Hasyr Ayat 9..
Sesiapa yang berjaya mengekangkan perasaan BAKHIL dirinya.
Gunakan apa yang Allah bagi kejalan Allah. MUDAH ke BERAT nak beri. Kerana Allah. Sidiqul Iman. Berjaya menakluk nafsu? Berjaya tak tingkatkan iman dan keyakinan.

Beza kaya kapitalis dengan kaya Islam
SAVING SAVING SAVING versus SEDEKAH SEDEKAH SEDEKAH
SEdekah kerana Allah. DAHSYAT. Takkan miskin orang yang bersedakah.

Diminta Allah untuk berkorban, masa, lapar, harta.
BOHONG IMAN kalau banyak complain, memberontak

Terbukti keimanan kita, bila Allah minta kita berkorban, kita rasa itu yang TERBAIK. Terbangun tengah malam, bangunlah untuk tahajjud.


Muhammad, 47:31 Ayat 10, Ms 16, Buku Erti Kehidupan

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ ٱلْمُجٰهِدِينَ مِنكُمْ وَٱلصّٰبِرِينَ وَنَبْلُوَا۟ أَخْبَارَكُمْ

Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu. (Muhammad 47:31)

Subjek ujian ke 6. AMALAN SOLEH. Siapa Mujahidin?. Orang yang beramal dengan bersungguh dan rajin. Banyak jalan nak buat baik, kesimpulannya, rajin ke tidak? Masa selalu tak cukup. Allah bagi banyak jalan supaya kita berusaha buat yang terbaik

Surah An Nur, Ayat 8

وَيَدْرَؤُا۟ عَنْهَا ٱلْعَذَابَ أَن تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهٰدٰتٍۭ بِٱللَّهِ ۙ إِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلْكٰذِبِينَ

Istrinya itu dihindarkan dari hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta. (An Nuur 24:8)

“Supaya Allah membalaskan amalan mereka yang terbaik”
Kita dituntut buat amalan yang terbaik. Ketika berusaha untuk buat lebih baik/terbaik, Allah kan beri extra. Kalau kita buat biasa2 je, dapat balasan nye tetapi INGAT bila kita berusaha buat amalan lebih baik, selain Allah balas, dia akan TAMBAH DENGAN KURNIAAN  yang lain. Antaranya, mengenai perniagaan.

Mana mudah khusyuk -perniagaan yang biasa2 atau perniagaan yang sibuk dan banyak
Mestilah perniagaan biasa.
Bila buat sesuatu tambahah, pasti banyak lagi kena fikir..tapi buat kerana Allah. Secara asas akan tambah kerja dan pening, mungkin kurang khusyuk. Tapi sebab potensi, dia push diri dia buat lebih baik. Mohon doa kepada Allah. Orang macam tu akan dberi balasan setimpal dan lebihan kurnian,

Tiada kesalahan rajin dan kaya. INGAT, kalau buat kerana Allah dan tak lalai dari ingat Allah, solat dan bayar zakat.  Oleh itu nilai orang itu dengan potensinya, Jangan buruk sangka dengan orang lain, jangan sibuk hal orang.
Ahsana Ma Amilu ( perniagaan, social work,…)

POTENSI yang Allah bagi, kita gunakan. Always take responsibility and take opportunity sebagai amalan. Walaupun susah. Allah akan beri extra, dari buat yang biasa-biasa.

AKhirnya, makin tanggungjawab kita pegang, buat sesuatu baru, makin banyak rezeki kita…rezeki kita yang tidak dijangka. Semuanya ada pengorbanan, perlu korban lebih kerana Allah. To be ordinary people or Extraordinary people.

7. CERITA CERITA KITA/KATA-KATA ORANG PASAL KITA (Baik atau Buruk)
Orang yang beriman tidak terkesan dengan cerita orang pasal dia.

No comments:

Post a Comment