Saturday, 15 September 2018

EK MAQDS K23 5 .9.18 B2 ALQURAN ADLH PEDOMAN UTK MENEMUKAN MAKNA HIDUP YG SEBENARNYA 3. HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA -MENGUJI MANUSIA DGN BERMACAM UJIAN MS17


 Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 23)
(Rabu, 05.09.2018)  

Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah 
iii- Hakikat Kehidupan Dunia – Menguji Manusia Dengan Bermacam Ujian

Di perbincangan yang lepas, kita bincang ujian Iman
Selanjutnya, adalah UJIAN AMAL

Surah Al Ahqaf, Ayat 19, Ms 504

وَلِكُلٍّ دَرَجٰتٌ مِّمَّا عَمِلُوا۟ ۖ وَلِيُوَفِّيَهُمْ أَعْمٰلَهُمْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Dan bagi masing-masing mereka derajat menurut apa yang telah mereka kerjakan dan agar Allah mencukupkan bagi mereka (balasan) pekerjaan-pekerjaan mereka sedang mereka tiada dirugikan. (Al Ahqaaf 46:19)

Nilai amalan kita di sisi Allah tak sama, walaupun lain dah sama. Apa bezanya, Cabaran dan ujian untuk beramal. Contohnya, orang datang dari TTDI orang dari Klang. Katalah rumah pun ditempat sama..adakah darjat amalan sama? TIDAK. Ukuran amalan ada banyak tingkat.

Allah akan sempurnakan balasan sesuai dengan keadaan dan usaha kita. Kita akan dapat apa yang patut.

Muhammad,47:31 

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ ٱلْمُجٰهِدِينَ مِنكُمْ وَٱلصّٰبِرِينَ وَنَبْلُوَا۟ أَخْبَارَكُمْ

Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu. (Muhammad 47:31)

Subjek ujian ke 6. AMALAN SOLEH. Siapa Mujahidin?. Orang yang beramal dengan bersungguh dan rajin. Banyak jalan nak buat baik, kesimpulannya, rajin ke tidak? Masa selalu tak cukup. Allah bagi banyak jalan supaya kita berusaha buat yang terbaik


**Allah akan balas mengikut MUJAHADDAH kita. Kesungguhan dan kesanggupan kita. Dengan ujian, Allah akan bagi lebih. Allah nak lihat mujahhadah kita

** Dengan ujian, Allah nak tengok siapa yang benar-benar sabar..Kena tebal hati dan muka

Dengan Allah bukan penilaiain yang mudah. Ianya dari aspek individu. Hadis Nabi – Besarnya balasan itu, bergantung kepada tahap ujian.

Orang-orang bertaqwa, banyak kali disebut – apa maksud taqwa? Taat pada perintah, meninggal larangan, berhati-hati,

Taqwa dari perkataan asal ‘wiqayah’ – prevention.

Orang bertaqwa buat sesuatu/tindakan yang bersifat /prinsip PREVENTION – mencegah sebelum berlaku. Tindakan orang cerdik, dimana risiko tak tinggi. Cthnya High Income, Low Risk. Orang yang bertaqwa orang paling cerdik/pandai/smart – tindakannya selalu melihat jauh dan tenang, tidak gopoh. Orang bertaqwa tahu target dan goal dia, dan selagi tak dpt, dia tak berhenti. Dia buat sungguh2 dan sabar dengan apa yang dia inginkan .  Siapa Mujahadah dan Sabar yang KUAT. Orang bertaqwa perlu ilmu yang tinggi.

Kerja2 Wiqaya (taqwa) – preventive action, satu masa akan jadi  senang, low risk and high return
‘Ittaqa’ – Hasil yang terkumpul . Susah taqwa di awal, lama-lama jadi ringan. Prinsip amalan soleh adalah:-
Bersusah-susah (lawan nafsu dan cabar diri kita). Selagi tak cabar diri, taka da improvement. ‘Mujahaddin’ – Mujahaddah lawan hawa nafsu.

Setelah senang dan berjaya, lain pula ujiannya , iaitu ‘khabar berita mengenai diri kita / Pujian/Cerita’
Sebelum berjaya SABAR, lepas berjaya SYUKUR. Kejayaan adalah anugerah Allah.

At Taubah,9:24, Ayat 11, Ms 17, Buku Erti Kehidupan

قُلْ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوٰنُكُمْ وَأَزْوٰجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوٰلٌ ٱقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجٰرَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسٰكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُوا۟ حَتَّىٰ يَأْتِىَ ٱللَّهُ بِأَمْرِهِۦ ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْفٰسِقِينَ

Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (At Taubah 9:24)


Dalam kejayaan, semuanya manis. Makin lama datang berkuruman. Jaga hati bila sudah berjaya, selain SYUKUR, Jaga hati kita supaya jangan terlebih cinta/sayang/terikat/dekat kepada kejayaan kita sendiri dan orang yang melekat pada kita bila kita berjaya.

Biasanya, kejayaan itu akan menarik keluarga. Harta pun bertambah, syarikat2 yang baru diusahakan yang dikhuatiri rugi dll…Rumah makin cantic…HATI2 , jangan sekali cintakan dan focus kepadanya, lebih dari mencintai Allah dan Rasul. Iaitu menyebabkan kita meninggalkan perintah Allah. Orang yang beriman akan dahulukan perintah Allah dan Rasul sebelum memenuhi permintaan orang lain. MENDAHULUKAN ALLAH DAN RASUL adalah orang yang bertaqwa. Tidak difitnah dengan dunia.

Rahsia orang berjaya, dia tak BERHENTI dengan satu kejayaan. Dari satu ke satu yang lain.

Sidiqqul Iman – Kebernaran dan Kejujuran Iman. Tanda Iman yang betul
Sedekah – nafkah sebahagian dari apa yang Allah beri. Ketika ada sesuatu berkaitan dengan Allah (orang miskin, anak yatim, janda susah, orang berhutang, musafir, usaha2 dijalan Allah adalah :-
Memang jumpa makhluk..tapi hakikatnya…berjumpa dengan Allah. Maka bila kita jumpa Allah,
Kata seorang salafusoleh, sempurnanya iman dan cinta kepada Allah, apabila dia beri kepada Allah lebih baik daripada apa yang dia belikan kepada pemuka/pemimpin kaumnya.

Segala yang kerana Allah, bagilah yang terbaik. Baru betul cinta kita. Untuk anak2 kita , kita bagi branded, tapi beli untuk anak yatim beli dekat mydin, giant -sebenarnya cinta kepada Allah belum lagi.

Muhasabah diri – menghadap Allah pakailah yang terbaik. Menghadap boss/Menteri pakai punyalah dahsyat berpakaian.

Allah suruh kita lebih mencintaiannya dari yang LAIN. Lebih dari DIRI, KELUARGA dan MANUSIA lain.

Nabi tidor atas pelepah kurma di rumahnya, dia bangun ada kesan atas mukanya, Sahabatnya kata, ya Rasullullah begini ke keadaan mu. Biarlah saya cari yang lebih baik .

Jangan takut memberi kepada orang miskin…jangan pikir sebagai’ duit aku/hak aku/punya aku’ …Mindset bila jumpa orang meminta, fikirlah ada duit/hak dia pada aku. Terasa ada HAK orang lain. Orang bertaqwa akan dapat detect orang yang tak meminta. Belum taqwa lagi, kalau tunggu orang minta. Kalau ada peruntukkan , dan cari orang yang perlukan, maka kita taqwa dan cintai Allah

Ujian berjaya , harta lekat kat hati kita . Jangan jadi Qarun, cakap semua susah Lelah dia yang buat,kenapa nak bagi orang lain yang tak buat apa2.

Kita share sesuatu keapda orang yang tidak sign apa2 agreement dengan kita. TETAPI agreement dengan Allah, ‘Ahhaba ilaikum’, perlu latihan , lawan hawa nafsu.
Jadikan Allah lebih kita sayangi.

Jika TIDAK, TUNGGULAH, ‘Fatarrabasu’ – akan ada perkara yang berlaku merosakkan kejayaan kita itu sampai kita menyesal…rasanya macam tak guna denga nada kejayaan itu..contoh, anak jadi lentang pukang, adik beradik gaduh……

Bila kita dah tahu, tak buat – nanti hidayah tak diberikan pada kita- seperti orang
Jangan takut, itu perasaan dari syaitan…dia bawa rasa takut miskin

Al Baqarah, Ayat 268, Page 45

ٱلشَّيْطٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِٱلْفَحْشَآءِ ۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَٱللَّهُ وٰسِعٌ عَلِيمٌ

Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui. (Al Baqarah 2:268)

No comments:

Post a Comment