Monday, 20 August 2018

EK MAQDS K21 15 .8.18 B2 ALQURAN ADLH PEDOMAN UTK MENEMUKAN MAKNA HIDUP YG SEBENARNYA 3. HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA -MENGUJI MANUSIA DGN BERMACAM UJIAN MS16

Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 21) 
(Rabu, 15.08.2018) 

Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah 
iii- Hakikat Kehidupan Dunia – Menguji Manusia Dengan Bermacam Ujian

Al Baqarah, 155-56 Ayat 6, Ms 16, Buku Erti Kehidupan


(155) وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ ٱلْأَمْوٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصّٰبِرِينَ 


(156)ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رٰجِعُونَ 

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (155)(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". (156)
(Al Baqarah 2:155-156)


Ujian dari kita lahir hingga ke bila akhirnya? - 2
a.     Sampai mati
b.     Bersambung di alam kubur, mashyar dan di api neraka.

Baik, Buruk, Suka atau Benci – semuanya adalah ujian. Ujian itu semua kecil/sedikit dibandingkan dengan potensi dan kemampuan. OPTIMIS bila menghadapi ujian kerana kita yakin kita pasti MAMPU.


Fizikal/Zahir – Tak cukup harta, sakit, lapar, tak cukup nutrisi
Mental /Batin- Takut, Risau

Setiap kerisauan akan padamkan ‘neutron’ /lampu/mentol dalam otak kita. Orang beriman akan boleh mengatasi kerisauan, takde rasa takut atau sedih.

Orang beriman macam mana itu? – Orang beriman yang SABAR dan yakin akan ‘ Inalillahiwainnaillaihirrojium’. Orang yang paham, setiap yang dia ada bukan miliknya. Semua kepunyaan Allah. Dia tak jadi obsessive. Ketika ada obsessi, ianya akan merosakkan sabar kita, mengagalkan kita dalam menghadapi ujian.

Imam Shafie
Minta nikmat yang apabila ianya hilang, kita tak akan kecewa /terkilan. Bila terkilan, akan rosakkan iman kita. Kalau pergi, kitab oleh terima, kerana semua milik Allah. Orang yang beriman yakin, semua yang dia memilikki adalah milik Allah dan semua akan kembali kepada Allah.  So buat apa nak sedih pun, kerana semua kembali kepada Allah.

Jangan kau ujikan aku dengan satu nikmat yang aku susah lepaskan.

Al An’am, 6:165, Ayat 7, Ms16, Buku Erti Kehidupan.

وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَكُمْ خَلٓئِفَ ٱلْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجٰتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِى مَآ ءَاتَىٰكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ ٱلْعِقَابِ وَإِنَّهُۥ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌۢ


Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al An'am 6:165)


Ujian kita diberi tanggungjawab jadi khalifah untuk mengurus dan mentadbir bumi ini. Ketika kita menjalankan tugas sebagai khalifah, kita akan berinteraksi dengan luaran/Outside dari kita. Mengurus pasangan, anak-anak , pekerja, perniagaan, rakyat dll. Termasuk rumah, tumbuhan dll. Semua termasuk tugas Khalifah.

Ingat , itu termasuk bahagian UJIAN Allah. Semakin banyak kita miliki, makin banyak ujian dan persoalan. Kalau faham ini, tak akan kejar pangkat dan nama.

Sufian At Tauri -  Alim dan beramal dengan ilmunya , Warak dan As Sajad… Orang yang paling banyak sujud dan paling lama sujud. Ada permintaan untuk dia menjadi hakim/qadi. Tapi dia tak mahu, kerana khalifah pada time tu tak berapa taat, dia takut dia dipergunakan khalifah itu untuk mendapat habuan dunia. Khalifah itu sangat marah dengan pertolakan. Khalifah suruh orang tangkap dia. Sebelum itu Sufian lari dengan bawa sedikit bekalan dan sampai di negeri Yemen, bekalan habis, dia pun cari kerja sebagai pengutip kurma di kebun kurma. Orang tu tanya kamu ni siapa, dia jawab ana Abdullah…hamba Allah. 3 bulan kerja, satu hari tukang kebun tanya apa beza kurma yemen dan kurma hijjaz (mekah). Dia cakap, demi Allah saya tak boleh jawab…kenapa dah 3 bulan kat sini. Saya tak pernah makan kurma yemen…kenapa tak makan?.. Tuan tak bagi makan….pemilik tu kata, awak nak meniru mcm Sufian At Tauri. Kerana dia takut, dia minta izin untuk tinggalkan. Pemilik kebun itu cerita kat kawan-kawan dia. Bergegas cari Sufian , kerana khalifah nak bagi hadiah untuk orang cari dia. Dia berjalan balik ke Makkah, orang Makkah berdiri dan amat menghormatinya, mereka tak suka khalifah kerana zalim.  Khalifah nak tangkap sendiri, Sufian At Thauri…Dia tak mau lari lagi dah. Dia berdoa dalam sujud di depan kaabah ..sujud yang lama, ya Allah, jangan bagi khalifah masuk dalam kota Makkah ini dan menangkap aku. Bila khalifah nak masuk pintu kota Makkah, dia mati.

Dia akan menguji kita pada setiap apa yang diberikan . Berbeza darjat ujian setiap hamba. Pemberian banyak, makin berat ujiannya.
Ketika Allah bagi lebih, mesti beri lebih bukan untuk berbangga. Kalau Allah bagi kurang, maknanya, kita kene berusaha lebih. Perbezaan darjat kita, takkan sama ujian untuk kita.

Ujian kita sebagai Khalifah berbeza. Kita diuji dengan SEGALA yang Allah berikan kepada kita.

Masalah manusia, bila diberi, kebanyakkannya lupa diri , INGAT sesungguhnya Allah pantas menghukum, dan kepada orang yang beriman, ianya cepat, sebagai tanda kasih sayang.

Dahsyat lagi hukuman terhadap orang mukmin dari orang kafir, kerana semua dihukum didunia. Orang kafir, di bahagikan di dunia dan di akhirat. 

BIla, buat silap, kita dihukum sampai terduduk, cepat2 bertaubat, Allah akan kembali merangkul kita dalam kasih dan rahmatnya.

Jangan bangga dan megah dengan kedudukan yang kita ada. Semuanya ujian.

Al Mukminuun, 23:54-56, Ayat 8, Ms 16, Buku Erti Kehidupan.

(54) ذَرْهُمْ فِى غَمْرَتِهِمْ حَتَّىٰ حِينٍ  

(55) أَيَحْسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُم بِهِۦ مِن مَّالٍ وَبَنِينَ

(56) نُسَارِعُ لَهُمْ فِى ٱلْخَيْرٰتِ ۚ بَل لَّا يَشْعُرُونَ

Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu. (54) Apakah mereka mengira bahwa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (berarti bahwa), (55) Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sadar. (56)
(Al Mu'minun 23:54-56)


Orang kafir lebih selesa hidupnya. Ujian tak berat, Dia derhaka kepada Allah, tapi hidup masih senang.

Ujian pada kita bila kita Nampak kesesatan/kederhakaan itu membawa kepada kesenangan, kemuliaan, kemakmuran. Bila tak paham, mudah TERPEDAYA. Seperti kisah Qarun.
  
Surah Al Qasas, Ms 394, Ayat 76 ,77, 78 , 79, 80

۞ إِنَّ قٰرُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ ۖ وَءَاتَيْنٰهُ مِنَ ٱلْكُنُوزِ مَآ إِنَّ مَفَاتِحَهُۥ لَتَنُوٓأُ بِٱلْعُصْبَةِ أُو۟لِى ٱلْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُۥ قَوْمُهُۥ لَا تَفْرَحْ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْفَرِحِينَ


Sesungguhnya Karun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri". (Qashash 28:76)


وَٱبْتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلْءَاخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَآ أَحْسَنَ ٱللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ ٱلْفَسَادَ فِى ٱلْأَرْضِ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُفْسِدِينَ

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. (Al Qashash 28:77)

قَالَ إِنَّمَآ أُوتِيتُهُۥ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِىٓ ۚ أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ ٱللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِۦ مِنَ ٱلْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا ۚ وَلَا يُسْـَٔلُ عَن ذُنُوبِهِمُ ٱلْمُجْرِمُونَ

Karun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku". Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka. (Al Qashash 28:78)

فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِۦ فِى زِينَتِهِۦ ۖ قَالَ ٱلَّذِينَ يُرِيدُونَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا يٰلَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَآ أُوتِىَ قٰرُونُ إِنَّهُۥ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ

Maka keluarlah Karun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Karun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar". (Al Qashash 28:79)

وَقَالَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ ٱللَّهِ خَيْرٌ لِّمَنْ ءَامَنَ وَعَمِلَ صٰلِحًا وَلَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلصّٰبِرُونَ

Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang-orang yang sabar". (Al Qashash 28:80)


Qarun dilebihkan oleh Allah dari segi ilmu (sangat tinggi lepas Musa dan Harun), alim, kaya, kuat, kerjaya, perniagaan, semua jadi. Kaya Raya di Mesir. Firaun tak kacau dia. Sepupu nabi Musa. Hidup senang. Cuma kelebihan dia ada, dia melampau batas (BARA), bangga, berlagak dan sombong. Dia kata dia lagi baik dari Musa dan Harun.  Qarun buat ROSAK dalam muka bumi. Di buat system RIBA. Menghambakan orang dengan hutang dan riba.

Bila dinasihati, jawapan dia, benda ni semua takde kena mengena dengan Tuhan. Semua usaha dan kepandaian diri sendiri. Obsessed.

Ada orang lain, yang terpesona dengan kekayaan, kemashsyuran .. unsur cinta dunia lebih dari akhirat. Terpengaruh dengan kekayaan orang lain. Orang cinta akhirat, akan merasa kerdil dengan orang yang berilmu dan beramal…Jeles tengok orang taat , yang sedekah, yang mengaji, yang berdakwah.

Penilaiain Berjaya atau Gagal lain untuk orang yang cinta dunia dan cinta akhirat. Celaka bila menilai kejayaan dengan nilai fizikal. Yang disimpan oleh Allah untuk kamu di akhirat lebih baij dari apa yang kita ada sekarang. Jangan Nampak yang zahir. 3 unsur penting, iman, amal soleh dan sabar – akan tahan melihat orang lagi kaya dan lebih hebat dari kita. SEMUA dengan sabar.

No comments:

Post a Comment