(Rabu, 12.09.2018)
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah
iii- Hakikat Kehidupan Dunia – Menguji Manusia Dengan Bermacam Ujian
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلْبَنِينَ وَٱلْقَنٰطِيرِ ٱلْمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ وَٱلْخَيْلِ ٱلْمُسَوَّمَةِ وَٱلْأَنْعٰمِ وَٱلْحَرْثِ ۗ ذٰلِكَ مَتٰعُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلْمَـَٔابِ
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). (Ali Imran 3:14)
Al Qasas, Ayat 77
وَٱبْتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلْءَاخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَآ أَحْسَنَ ٱللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ ٱلْفَسَادَ فِى ٱلْأَرْضِ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُفْسِدِينَ
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. (Qashash 28:77)
Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa
Cari pahala dari APA YANG ALLAH BAGI PADA KITA (bukan apa yang belum ada lagi)
Tengok suami, tengok anak, tengok ibu bapa, tengok harta- cari apa yang boleh dapat untuk dapat akhirat. BEREBUT untuk dapat pahala, bagi tumpang nabi/sahabat.
Jadikan yang ada pada kita, sesuatu yang boleh jadi habuan akhirat. CARI CARI bukan tunggu.
4 perkara yang perlu diambil SEHARI, mengikut Nabi Daud
*Masa khas /khusus bermunajat dengan Allah. Tinggal yang lain
**Masa untuk muhasabah diri
***Masa untuk sahabat/sahabat dan kawan2 – gelak tawa, sambal tahu limit
****Masa untuk menikmati lazatnya dunia ini. “Enjoy yourself”, Contohnya gardening, menuntut
Ilmu, bercuti, berehlah.
** menuntut ilmu boleh masuk dalam 1, 2, 3 atau 4.
PASTIKAN – semua ni niatkan kerana Allah.
Jadikan semua sebagai pendorong untuk kembali lebih bersemangant untuk lebih taqwa dan taat.
Bahan ujian Allah dari punca CINTA/SUKA kepada sesuatu. Pada asasnya tidak negative. Tapi bila combine dengan shahwat/berlebihan ianya jadi negative.
Surah Ali Imran, 3:196 – 197, Ayat 13 Buku Erti Kehidupan.
(196) لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى ٱلْبِلٰدِ
(197) مَتٰعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَىٰهُمْ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئْسَ ٱلْمِهَادُ
Janganlah sekali-kali kamu terperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri. (196) Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam; dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya. (197)
(Ali Imran 3:196-197)
Janganlah sekali-skali kamu terperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak (kelancaran kemajuan mereka) di dalam negeri.
Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam; dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya.
Iman menahan kita dari masuk ke tempat maksiat, kelab malam, wayang?. Bila iman makin menebal, lagi banyak tempat yang tak boleh pergi, rasa berat nak pergi melainkan perlu sangat. Islam membatasi perkara perkara HARAM. Tapi iman yang membatasi perkara yang HARUS dan LAGHA (tiada efek positif kepada akhirat). Mereka akan tinggalkan.
Bagi orang kafir, semua boleh/jalan. Jangan terpadaya dan iri hati dengan mereka.
Orang-orang yang tak taat/kafir, lebih enjoy Life. Orang beriman syurga bukan di dunia, tapi di akhirat. Habis kerja satu, buat kerja lain. Dunia bukan tempat untuk berehat.
Sekejap sedikit/seronok. “Kesenangan yang sedikit dan sekejap” – perkara yang tak dapat manfaat di akhirat.
Iman mendidik kita, tiada yang perlu TAKUT kecuali dengan Allah. Betulkan niat buat sesuatu. Jangan buat sesuatu kerana Nampak hebat. Bagi orang beriman, HEBAT Itu adalah Allah. Kalau rasa hebat , maknanya niat dan jiwa kita dimanupulasi.
Jangan ikut apa orang kafir buat, ikut hanyalah panduan
Bahan Ujian seterusnya. Kebebasan orang Kafir dan orang tak taat.
No comments:
Post a Comment