Tuesday, 14 August 2018

EK MAQDS K20 8 .8.18 B2 ALQURAN ADLH PEDOMAN UTK MENEMUKAN MAKNA HIDUP YG SEBENARNYA 3. HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA -MENGUJI MANUSIA DGN BERMACAM UJIAN MS15


 Erti Kehidupan Menurut Al Quran & As Sunnah (Kelas 20)
(Rabu, 8.08.2018) 

Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah 
iii- Hakikat Lehidupan Dunia – Menguji Manusia Dengan Bermacam Ujian

Hakikat kehidupan, dari awal hingga mati, semuanya UJIAN. Jika kita dapat isikan kehidupan dengan amal soleh, ujian akan berakhir dengn kematian. TETAPI kalau kita leka dan lalai di dunia, ujian kita akan bersambung lepas kematian dan hanya berakhir, sekiranya orang itu beriman dan dikeluarkan dari api neraka. Jika tidak beriman, sampai bila terseka.

Bagi orang beriman, ujian itu pasti, namun Allah akan jadinya ringan sekiranya dia beriman.Keistimewaan orang beriman.


Al Baqarah, 155-56 Ayat 6, Ms 16, Buku Erti Kehidupan


(155) وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ ٱلْأَمْوٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصّٰبِرِينَ 


(156)ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رٰجِعُونَ 

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (155)(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". (156)

(Al Baqarah 2:155-156)



Ujian itu PASTI. Sungguh2 manusia akan diuji. ‘Bishaiin’ – Ujian tu tak banyak pun, dengan sedikit bukan dashyat2. Ujian berada dalam kemampuan kita untuk menanggungnya. Allah tidak akan uji kita dengan ujian yang kita tidak mampu. Dengan potensi yang kamu ada, tak  ada apa sangat ujian tu. INGAT, perbandingan/UKURAN dengan potensi yang kita ada VERSUS Ujian yang ktia hadapi, Kempampuan/potensi lagi BESAR. Sebenarnya MAMPU menghadapainya.  Aku boleh hadapi. Pada prinsipnya, ujian itu tidak besar (bishaiin).  Kesimpulan – ujian mental dan ujian fizikal. (Ujian zahir dan ujian batin).

Ujian batin selalu di uji dulu, yang pertamanya, rasa TAKUT. Semua akan jadi masalah bila ada rasa takut. Orang beriman, hidup di dunia tanpa takut. Orang yang tepis rasa takut, maka dia orang beriman, Orang yang biarkan dan ianya akan terus takut dan takut dan takut. Dibungkus dengan takut, semua akan jadi masalah. Wujud rasa takut perlu, hanya untuk mengaitkan diri kita kepada Allah. Takutkan yang berkaitan dengan Allah sahaja, jangan takut benda LUARAN

Takut Positif- dikaitkan dengan Allah – takut murka Allah, takutkan hak Allah yang tak dijaga. Menyebabkan dia berusaha lebih kuat
Takut Negatif – dikaitkan dengan selain dari Allah, diri, keluarga. Jangan biar berkembang, Syaitan akan cucuk dan besar-besarkan.

5 PINTU SYAITAN

Pintu MARAH – berlanjutan, panas baran tak kira sebab, remeh pun mengamok. Orang mukmin ada marah, tapi boleh mengawal/bertindak untuk mengawal.
Pintu SEDIH KEMURUNGAN – sedih yang diperturutkan, duduk sendiri  dalam masa yang lama.
GERAK, BERUSAHA – jangan duduk rumah dan tengok benda yang sama. Jumpa orang , insya Allah ada peluang2 terbuka. Ada cara untuk survive
Pintu TAKUT yang bersangatan – sampai tak boleh buat apa
Pintu DOSA – orang yang telah dikuasai dosa apabila asyik terus buat dosa, bergelumang dengan dosa.
Pintu LEKA/LALAI – yang diperturutkan, tidor banyak, sembang kosong, lepak2 banyak – kalau terlalu lagha, dipengaruhi syaitan.

Khauf – Takut kerana Jahil/tak kenal
Hasyah – Takut kerana Ilmu Kenal Allah – rasa bersalah bila derhaka dengan Allah

Allah uji kita dengan perkara kita tak tahu, iaitu FUTURE/MASA HADAPAN. Ianya tidak patut. Itu adalah ujian, jangan rasa takut pada benda yang kita tidak tahu, Kalau tahu, maka kene bertindak.

Rasa Lapar – Bersifat fizikal/zahir – kurangnya bekalan makanan asas untuk hidup. Jadi seorang yang Fakir.
Kurang Buah-Buahan - Bersifat fizikal/zahir – kurangnya makanan berkhasiat/vitamin
Kekurangan Harta akan effect kepada kurang jiwa/sakit.
Semuanya jadi Domino effect – Bila hidup dalam ketakutan  (nikmat hidup dalam ketenangan adalah besar)/ perang/gempa bumi – kurang makanan asas/kelaparan – sakit jiwa dan sakit fizikal.

Akan menjadi RINGAN Ujian jika dihadapi dengan IMAN dan TAQWA

Kisah zaman tabiiin, Salufosoleh, Di Syria, ada orang Alim, yang mengajar disebuah masjid dan duduk dekat dengan masjid. Satu hari, dia didatangi orang muda yang tiada apa. Syeikh terima dia belajar, suruh belajar elok2. Syeikh ini seorang yang warak, tawadhu, puasa dan ibadah. Satu hari, syeikh tak ada makanan, budak tu tanya ada makanan? Takda. So mereka sama2 puasa. Ketika buka, tiada makanan, minum air sahaja. Tanya lagi, ada makanan ke?, takda, ok kita puasa  lagi, buka dengan air. Hari ketiga dia tak tahan, dia pergi untuk mencuri.. nampak perempuan, tak jadi. Dia pergi ke rumah kedua dan terus makan, dah masuk mulut, tapi dia teringat Allah dan tinggalkan dan bertaubat, dan teruskan ibadah dengan kelaparan yang dahsyat. Kemudian, pada hari itu,  ada wanita baru habis Iddah, nak cari suami. Syeikh teringatkan pelajar dia, dan terus rekomen, dia kata dia takde harta. Perempuan itu kata tak apa, saya ada semuanya saya nak peneman hidup. Syeikh tanya pemuda nak kahwin ke? Dia kata macam mana nak kahwin, makanan saya pun tak lepas lagi apa lagi nak beri makan isteri. Tapi Syeikh cakap itu semua tak perlu risau. 

Mereka dikahwinkan haritu juga dan balik rumah isterinya. Rupanya rumah isteri dia, rumah kedua yang dicerobohi. Isteri jemput makan, tapi terkejut tgk ada bekas gigitan pada makanan yang terjatuh.  Pemuda itu cerita segalanya kepada isterinya dan mengaku kesalahan, dia pun redha kalau isterinya ingin membawa dia ke pihak yang berwajib. Tetapi isterinya, mengatakan yang dia yakin pemuda itu adalah jodoh terbaik untuknya. Intipati dari kisah ini, dalam susah mana kita , diuji mcm mana pun, sekiranya kita meninggalkan yang HARAM kerana Allah, Allah akan ganti dengan yang lebih baik lagi.

Orang beriman, susah tak lama, miskin tak lama, tertekan tak lama – dia akan keluar dari kemiskinan/berat dugaan itu. Allah tidak akan biarkan orang beriman, MENDERITA.  Tidak akan susah lama/menderita lama/kemiskinan lama.

Berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Sabar dengan memahami siapa kita, apa yang kita ada siapa punya dan nak buat macam mana.apa yang hilang/kurang, dia tahu dan menyebut ‘ Inalillah….” Semuanya adalah milik Allah. Apa sangat aku nak risau dan takut. Semuanya berbalik kepada Allah. Kalau Allah tak bagi, itu hak dia. Yakin. Diri kita sendiri pun dia punya. Allah takkan sia-siakan. Orang sabar – RINGAN Semua, kita kenal Allah.

No comments:

Post a Comment