(Rabu, 1.08.2018)
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah
Al Anbiyaa, 21-35 Ayat 3, Ms 15, Buku Erti Kehidupan
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Al Anbiyaa 21:35)
Di penghujuan ujian dunia
adalah kematian. Kematian adalah peneyelesai ujian. Selagi tak sampai
penyelesai, selagi itu kita dalam ujian. Results tak dapat kat dunia, hanya
bila kita jumpa Allah. Cuma, kita mungkin dapat ‘bunga’/gambaran pada hasil itu
di dunia lagi
Selalu ingat hari
pertemuan dengan Allah. Nikmat jumpa Allah mengatasi keberatan/masalah yang
dihadapai di dunia
Kata Rasullulah, Nilai
balasan itu diberikan mengikut beratnya ujian. Maka pilihlah, Kalau nak balasan
ringan dan sedikit…pilihlah yang mudah…kerja ibadat sendirian…ada aku kisah?.
Memang TENANG…tetapi itu bukan caranya. TERUSKAN apa jua ujian kesusahan, sabar
dan sambung terus, jangan berhenti. BAIK SANGKA Dengan apa yang berlaku dalam
diri kita.
Surah Huud, 11:7, Ayat 4 , Ms 15, Buku Erti
Kehidupan.
وَهُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلْأَرْضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُۥ عَلَى ٱلْمَآءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۗ وَلَئِن قُلْتَ إِنَّكُم مَّبْعُوثُونَ مِنۢ بَعْدِ ٱلْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ إِنْ هٰذَآ إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgasana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan jika kamu berkata (kepada penduduk Mekah): "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati", niscaya orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata". (Huud 11:7)
Penciptaan langit dan
bumi dalam 6 masa – segala sesuatu ada timing dan berperingkat, tahap2, Allah
sebenarnya boleh cipta dalam sekelip mata, namun Allah menjadikan semua dalam peringkat
– peringkat / proses/ambil masa/bertahap- tahap. SAMA juga hal dengan manusia.
Untuk berjaya, kita kene faham
ketentutan Allah yang segala sesuatu berjalan dalam peringkat/proses – dan ini
juga adalah UJIAN. Mengambil masa untuk dapat apa yang kita hajat itu juga ujian.
Ujian bukan sahaja dari luar. Kegagalan bukan atas factor luar (kacau), tapi
masa… mungkin lambat, terus give up. INGAT, proses itu juga adalah ujian.
Arasy dan Air – Berenang /
bersusah susah dulu. Nak dapat redha Allah, kene usaha, jangan duduk sahaja. DO
SOMETHING. Berenang memerlukan gerakan seluruh anggota. Siapkan diri kita. Kuatkan
diri. Jangan lemah, lesu – poya. Jangan lembik. Sebab untuk kerja dunia, kita
perlu tenaga, juga untuk ibadah kepada Allah.
Untuk dekat dengan Allah.
Ujian untuk dekatkan diri kepada Allah – itulah matlamat orang beriman. Semua kita
buat untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Kalau berenang…tak sampai
destinasi…kita berhenti…apa jadi?. Kita akan tenggelam. Maka kita mesti
teruskan dari kita lahir sehingga akhir kata. MULA dan SELESAIKAN. Hidup adalah
perjalanan.
Boleh take a break kejap?
Duduk dekat pulau sekejap?.Boleh. Tapi jangan leka, jadi macam arnab yang kalah
dgn kura-kura. Jangan laju sangat,
jangan paksa sangat. Yang penting adalah istiqamah. Teruskan. Pergilah
bermusafir, tengok Bumi Allah.
‘Yasbahu’ – berenang dalam
Bahasa Arab. Yusabbihu – bertasbih. Same root word. Segala makhuk bertasbih
kepada Allah. Burung, Pokok2 dan lain2 – tapi manusia tak nampak. Mengikut
ulama, pokok ketika dia bergoyang,
Kata- kata orang Alim –
tasbih makhluk ketika dia menerima ketentuan-ketentuan Allah. Pokok bila angin
tiup, pokok gerak kiri kanan, burung mengepak…
Tasbih manusia - Kita
berusaha dalam takdir-takdir ketentuan
Allah. Baik, Buruk – kita teruskan dan tak berhenti dengan takdir..kita tidak
pasrah dalam situasi yg boleh menyebabkan kita berhenti…kita terus berusaha
untuk mencapai redha Allah. Tak kira di hempas gelombang ke kiri dan kanan,
namun tetap teruskan balik usaha. Susah, senang, miskin, kaya – itu takdir Allah.
Apa kene buat, I must continue my journey. Fight On, Carry On.
Kita tidak akan berhenti
dengan nikmat yang Allah berikan. Sebab kita masih dalam bermusafiran dibumi
Allah. Ketika dapat nikmat, lagilah berusaha kuat, lagi kuat usahanya. Allah
tidak akan biar kita terus tiada bekalan. Allah akan bagi lebih bahkan.
Nabi jadi tua/risau bila
baca surah Huud. Kisah orang terdahulu yang dibinasikan. Nabi sifatnya , tidak
mahu umatnya binasa, dia sentiasa ingat umat dia. Dia ingat tugas dan
tanggungjawabnya.
Dengan usaha kita, Ahsanu
Amala, semua untuk Allah. Untuk bawa jumpa Allah. Sentiasa doa, mintak
pertolongan
Bila dikatakan, kamu akan
dibangkitkan-Namun, orang kafir tolak dan nafikan , dan menganggapnya sihir
yang nyata.
Surah An Naml 27:40, Ayat 5 , Ms 15, Buku Erti
Kehidupan.
Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab: "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip". Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia". (An Naml 27:40)
Fadhlun – Bukan balasan
tetapi LEBIHAN Kurnian. Diberikan berdasarkan penilaian total diri kita. Melihat
keseluruhannya. Lihat hal hal lain.
Nabi Sulaiman merujuk
kepada kekayaan, kekuasaannya, kebolehan yang diberi Allah. Dia dapatkan itu dengan syukur dia terhadap
apa yang Allah
Secara asas, amal soleh
kita buat, hanya boleh menebus dosa kecil. Maknanya untuk dapat kurnian, kita
kene bersyukur dengan sebaik- baik syukur.
Amalan tak cukup nak
masuk syurga. Hanya boleh masuk syurga
dengan rahmat Allah. Amal kebaikkan kita sebenarya tak cukup untuk dapat lebihan.
Bila paham hakikat amal, kita sedar tak seberapa usaha amal kita berbanding
nikmat yang Allah kurniakan yang begitu besar.
Fadhlun – ujian yang
dahsyat. Manusia perlukan makan, minum, tempat perlindungan. Allah akan tanya
mengenai benda yang disifatkan sebagai tambahan /kurniaan. Lebih daripada asas.
Kereta? Fadhlun. Rumah –
Fadhlun…nak tidur atas tanah je pun. Paham prinsip fadhlun, kita tak akan rasa kita
ni lebih. Sebab yang lebih tulah yang akan menjadi ujian yang akan
dipersoalkan.
Allah mahu melihat SYUKUR
bila dikurniakan fadlun/ nikmat
1. Mengakui segalanya dari Allah
2. Sebut Alhamdulillah
3. Gunakan nikmat kurnia itu ke jalan Allah
Dengan syukur, Allah akan
tambah lagi fadhlun. Mintak tau tidak. Jangan tolak pulak. Berenang dalam
takdir nikmat.
Ajrun/Balasan disebabkan
apa yang kita buat/usahakan
Tuhanku Maha Kaya lagi
Maha Mulia –
Hassan - Balas atas nama balasan baik
Karim - Tiada kaitan pun / tak layak
Kadang-kadang orang yang
dapat nikmat, tak bersyukur pun, tapi Allah masih tambah lagi. Orang tak layak,
pun diberi nikmat.
Bukan dalam menentukan
lulus ujian kesyukuran dengan tambah nikmat itu?.Gambarannya ialah tahap ketaatan.
“Sungguh mengagumkan
ehwal urusan seorang mukmin, sesungguhnya semua urusan baginya adalah baik. Tiadalah
hal demikian (berlaku) melainkan bagi seorang mukmin, bila dia mendapat
kesenangan dia bersyukur maka hal itu adalah baik untuknya, bila dia tertimpa
musibah dia bersabar dan sabar itu adalah.
SYUKUR EXTRA EXTRA dalam
ujian kaya atau miskin.
Apakah akhirnya yang kita impikan - Kembali pada Allah dengan Nafsu yang tenang.
No comments:
Post a Comment