Wednesday, 12 December 2018

EK MAQDS K35 12.12.18 B3 KEHIDUPAN DUNIA 2. WASPADALAH TERHADAP DUNIA MS 22,23


Kelas Taddabur Al Quran
Erti Kehidupan Mengikut Al Quran & Sunnah

Waspadalah terhadap dunia. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan. Tidak boleh leka dan lalai. Kita pasti akan meninggalkan dunia..

Dunia dan isi mempunyai magnet untuk mengheret kita untuk berlama lama dan bersuka suka yang menyebabkan kita lupa destinasi akhirat. Menyebabkan usaha akhirat jadi berat. Waspada jangab bagi magnet terus tarik kita dari matlamat hidup.
Kene ambil semua kebaikkan sebagai perlu buat segera. Jangan tunggu. Apa boleh buat pagi buat pagi..jangan tunggu petang . Orang yg paham hakikat hidup di dunia akan segerakan dan tidak melengahkan.
Perkara yang perlu disegerakan adalah perkara untuk bekal akhirat.
2 kemungkinan Manusia
1. Utamakan Dunia
2. Utamakan Akhirat
Secara asas ada 2 sahaja...namun ada juga Utamakan Dunia dan Akhirat namun akan lebih ke dunia.
Orang yang mengutamakan dunia...lari daripada matlamat asal dia ada didunia ini. Magnet dunia berjaya mengheretnya.
Kenyataan dan Gambaran Kehidupan Dunia
Iii. Yang Mengutamakan Kehidupan Dunia
*****************************************
Al Baqarah, 2:212
Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang orang beriman. Padahal orang2 yang bertaqwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezki kepada orang2 yang dikehendakiNya tanpa Batas.
Jangan merasa hina. Walaupun org kafir pandang hina. Kita ada nilai sendiri yang membezakan kita. Orang beriman mmg kene berbeza. Mana boleh sama.
Satu fenomena yg berlaku..memang orang islam dihina dan diketawakan
Surah Al Mutafifin, Ayat 29 ke 36, ms 588
**************************************
Jangan rasa kerdil dan hina. Jangan kita perlu was2 pula bila mereka ketawakan.
Di akhirat kita akan melihat mereka dlm keadaan dahsyar dan kita akan pula ketawakan mereka.
Pemberitahuan Allah. Orang kafir akan hina orang Islam.
Kejar untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Perdulikan org pandang rendah n perlekehka  kita. Jgn merasa hina. Dan jangan sesekali kita pula menghina dan perlekehkan orang yang beriman. Kebanyakkan orang yg dihina didunia dan dianggap orang malang..di akhirat mereka adalah yg diatas spt dalam surah Al Araf.
Allah bagi rezeki kpd sesiapa yg dia dikehendaki
Rezeki itu luas bukam material sahaja...
Ketenteraman..ilmu bermanfaat..masa utk ketaatan..ketenangan..
Ibadah khusyuk.
Harta boleh binasa atau habis. Paling lama sampai mati..
Harta kita adalah harta yang kita gunakan di jalan Allah..terus jariah dan bersambung2..tanpa batas.
Ketika dia tak nampak org yg dpt solat jemaah dan buat baik sebagai satu nikmat..maka dia telah mengutamakan kehidupan dunia.
Allah akan menghukum apa khilaf antara kita kelak. Jadi ambil jangan tengah. Tak perlu panjangkan. Ini penjelasan bila ditanya isu perarakan icerd.
Surah Al Insaan 76:27
Sesungguhnya mereka ini(orang kafir)menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan kesudahab mereka, pada hari yang berat (hari akhirat)
*Ngajilah* - / pantas/cepat/cepat berlalu. Pantas dunia bergerak..janganlah tunda. Jangan. Sekelip mata.
Surah Al Isra', Ayat11, ms 283
Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana dia berdoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa gesa.
Manusia nak cepat sahaja..sudahlah dunia mmg cepat. Belajar menghayati dan menikmati pada apa yg sedang kita buat terutama bila buat baik/kebajikan.
Antara kerja syaitan....
Surah Al Araf, Ayat 200, ms 176
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
*Nazghun(ghain)*..asal nazak/cabut..distract/alihkan kepada pikiran lain. Syaitan tak bagi kita fokus dgn kebaikkan yg kita buat.
Siapa berjaya fokus...maknanya dia tidak tertewas dgn godaan syaitan.
Cth Quality Time with Chicken.
Syaitan tambahan *talipon dan internet*. Setiap mengalihkan fokus dari menikmati dan menghayati apa yg kita buat. Ikhlas lakukan Itulah seronok dan bahagia.
Dunia tak berat. Akhirat itu berat. Ujian dunia hanya Sedikit.
Kesimpulan...tiada dikata balance dunia dan akhirat.
Dahulukan akhirat dan kemudian dunia. Tiada yg balance. Pasti dunia akan mengheret. Yang betul ialah utamakan kan akhirat.
Trick syaitan buat kita tak puas dgn dunia. Kita boleh puas dgn dunia jika kita fokus and concentration. Buat sungguh2  all out. Kalau tidak buat betul2 dan fokus nanti kita akan dihantui dgn perkara sama.
Salah satu matlamat syaitan ialah supaya kita tak fikir akhirat.
Apa nak buat. Bila kita teralih?. Mohon perlindungan Dari Allah dari syaitan. Kenikmatan dan penghayatan  itu akan buat kita rasa seronok.
Dulukan akhirat untuk dapat hasanah dunia dan akhirat. Tidak pernah balance..yg akan ada lubang sahaja akhirat tu.
Al Israa', 17:18
Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi)maka Kami segera baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.
Beri diri hak yg sepatunya
1. Hak pada Jasad
2. Hak pada anak keluarga dan Sahabat
Namun hati kita tetap jelas nak Akhirat dan redha Allah.
Lakukan dgn hati kita mengharapkan habuan akhirat.
Mukmin di dunia bagai dipenjara. Jasad di dunia, Hati dan keinginan kepada akhirat. Tak boleh tinggalkan dunia...dunia tempat cucuk tanam untuk akhirat.
Buat pekerjaan yang baik. Jangan berhenti. Teruskan memberi manfaat. Laksanakan. JANGAN berhenti. Cuma jgn pandang hina org yg sempoi/sgt sederhana.
Jadikan  dunia tapak untuk akhirat.

No comments:

Post a Comment