Wednesday, 19 December 2018

Doa Pagi Rabu 19.12.18

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Rabu            
11 Robiulakhir 1440H,
19 Dec 2018        
                           
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah ampunilah kami, rahmati kami, maafkan kami, muliakan kematian kami, lapangkan kubur kami, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal kami dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga kami, semoga kami di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, sabar dan redha diatas segala ketentuan Mu.

Ya Allah berilah kami fikiran yang jerneh dan kuatkanlah kami dengan hati yang sabar.

Ya Allah Engkau jauhkanlah kami dari pada sifat ujub, riak dan takabur dan bersangka buruk keatas orang lain.

Ya Allah panjangkanlah umur kami, sihatkanlah jasad kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, baikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkan kami kepada kebaikan, kabulkanlah segala keperluan kami pada agama, dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah siramilah hati kami dengan kesejukan Rahmat Mu. Terangilah hati kami dengan cahaya Mu. Bimbinglah kami dengan petunjuk Mu.

Ya Allah kuatkanlah hati kami dan semangat kami ketika diuji, sematkan sifat sabar dalam jiwa kami ketika  menerima dugaan Mu. Hanya pada Mu kami berserah.

Ya Allah  disaat hati ini sakit, sembuhkanlah, disaat diri ini berdosa, ampunkanlah, disaat jiwa ini kosong, bimbinglah, wahai Dzat yang membolak-balikkan hari, teguhkanlah hati kami diatas agama Mu.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami, berilkanlan rezeki yang halal buat kami dan sahabat2 kami, jauhilah kami dari perasaan dengki dan iri hati, semoga apa yang kami kerjakan hari ini mendapat keredhaan Mu.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.

Ya Allah, hidupkan kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Iman. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

No comments:

Post a Comment