Wednesday, 26 February 2020

EK MAQDS K79 26.2.2020 B6. DUNIA MEDAN BERAMAL iii. PANDUAN-PERINTAH DAN LARANGAN - HABLUM MINNANAS - PERHUBUNGAN DENGAN MANUSIA MS 55

Kesimpulan Erti Kehidupan Mengikut Al Quran dan Sunnah

Bahawasanya manusia perlu jadikan dunia sebagai bekal akhirat kita dan bekal untuk pertemuan dgn Allah. Dunia hanya sementara dan kita akan pindah ke fasa lain iaitu alam barzakh dan alam akhirat. 

Bekalan terbaik seorang hamba adalah Taqwa. Maksud taqwa menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan Manusia

Hubungan dengan Manusia memerlukan kita 
1. Beri  sebanyaknya pada manusia, minta pada Allah

2. Hubungan dgn Ibubapa atas dasar 
Ehsan. Menenangkan dan mententeramkan ibubapa tiap masa.

3. Hindar Sombong diri dengan siapa sahaja termasuk  orang jahil yg tak beradab
Ada 4 jenis manusia
a. Umpama Makanan asasi - parents..adek beradek, anak
b.Umpama ubat bila perlukan .
c. Umpama wabak penyakit. Dekat bila kuat dan immuniti kuat.
d. Umpama ular berbisa yg siap mematuk kita bila2 masa

4. Sentiasa ingat peranan ibadah kita dalam setiap hubungan. Ibadah sebagai benteng..solat dan zikir agar tak terikut kejahilan orang lain

5. Berbuat baik pada makhluk dgn landasan yang Allah telah buat amat baik untuk kita..bukan sebab dia buat baik dgn kita. Sebab Allah dah bagi lebih kepada kita.

6. Terima hakikat manusia tak sama walaupun  Islam dan Beriman. Pikir mcm mana kita nak jadi orang yang dahulu sekali buat kebaikkan. Jangan paksa orang lain. Engine lain2. Jangan sibuk engine orang lain dan tak manfaat engine sendiri 

Jenis Manusia.
a.Zalim pada diri sendiri
b.Pertengahan..sekadar
c. Lebih dahulu berbuat kebaikkan dgn izin Allah.Usaha jadi terbaik..pantas dalam buat kebaikkan

Kita akan disoal apa yg diberi pada kita bukan yang diberi pada orang lain. Kita semua berbeza. Faham prinsip ini untuk elak konflik dan sengketa.

Ulamak nasihat kita kene strict pada diri kita sendiri...dgn orang lain berlapang dada termasuk anak dan family. Selalunya kita yg tak ada commitment dan harap orang lain buat commitment dulu. Teladan adalah sangat penting.

Benda diluar jangan bawak masuk diri. Kawal elok2. 

7.  Kebaikkan/Ehsan yang kita ada perlu dirasakan oleh orang lain mengikut priority
Ayat 20 Buku Erti Kehidupan, ms 55
*************************************
An Nisa 4: 36 - 37
۞ وَٱعْبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشْرِكُواْ بِهِۦ شَيْـًٔا ۖ وَبِٱلْوٰلِدَيْنِ إِحْسٰنًا وَبِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتٰمَىٰ وَٱلْمَسٰكِينِ وَٱلْجَارِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْجَارِ ٱلْجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلْجَنۢبِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمٰنُكُمْ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,
(An Nisaa 4:36)

ٱلَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلْبُخْلِ وَيَكْتُمُونَ مَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ ۗ وَأَعْتَدْنَا لِلْكٰفِرِينَ عَذَابًا مُّهِينًا
(yaitu) orang-orang yang kikir, dan menyuruh orang lain berbuat kikir, dan menyembunyikan karunia Allah yang telah diberikan-Nya kepada mereka. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir siksa yang menghinakan.
(An Nisaa 4:37)

Tanda ibadah  kita betul dan benar adalah dengan selalu berbuat baik dan memjaga hubungan baik ikut priority dan dirasakan oleh orang paling dekat.  Urutan priority dalam membuat baik pada manusia . Makna Ehsan melebihi dan luas dari infaq. Kalau tiada harta...belai/sayang/cakap baik/layan baik
(Cth kelebihan spt Kaya /Budi bahasa /Ilmu)
1. Ibu bapa kene rasa dulu. Dia yang asas
Ibu Ibu Ibu, Ayah
2. Qarib Kerabat - pasangan, adek beradek, anak
3. Anak Yatim
4. Orang Miskin
5. Jiran Terdekat- paling dekat. 40 rumah kira kanan depan belakang...160rumah
Jiran berasa bertuah dapat jiran baik
6. Jiran Jauh - Kampung Sebelah
7. Sahabat dekat(sebelah) - Teman sejawat- org duduk sebelah kita. Mukmin yg baik adalah yg friendly dan mudah masuk dgn orang lain. **sohibi bil janmbi
Perlu ada sopan santun
8. Orang dalam perjalanan *Ibnis Sabil* orang yg musafir
Kisah wanita canada (rozy gabriel) naik motor serata dunia dan terkesan dgn orang negara islam. Motor rosak tgh padang pasir. Ada org dtg muka garang dan tolong baiki motor dan kemudian ajak makan..kemudian dia memeluk Islam

Drew balinsky pergi semua negara dlm dunia...list paling atas negara terbaik..12 negara islam. 
Ini semua nilai2 islam. Kalau diterapkan menjadi satu yg istimewa.
9. Hamba/Pekerja pekerja kita

Kata kunci dalam memudahkan kita buat baik adalah dengan buang Sifat Sombong dan rasa Bangga diri. Suka cerita kelebihan diri. Jadikan kelebihan sebagai kebaikkan. Jangan cerita...buat kebaikkan.

Orang yang sombong dan bangga diri disimpulkan sebagai orang yg kikir kedekut bakhil dan ajak orang lain juga kikir. Menyembunyikan nikmat yg dia dapat.

Kisah inspirasi di TV Indonesia
Kisah driver lori tetapi suka menolong..dia akan singgah rumah orang2 tua lepas kerja. Orang tua yang ditinggalkan. Ratusan orang tua yg dia tolong. Dia upload program dalam social media....media interview dia  tanya apa halangan utk dia buat kebaikkan...dia kata orang kampung sendiri tak bagi menolong..siap halang . Ini penyakit manusia akibat kesombongan..dia tak nak buat baik dan sanggup halang orang lain buat baik. Sampai dia di boycott.

Allah ingin lihat kesan nikmat yang diberi melalui dirasakan oleh orang lain. Orang yang menyembunyikan nikmat..sombong dan kikir dan ibarat kufur...akan diseksa.

8. Hati hati dalam memegang harta orang lain jangan makan dgn cara batil.
Jangan berkeinginan harta orang lain.

Ayat 21 Buku Erti Kehidupan ms 55
************************************
وَلَا تَأْكُلُوٓاْ أَمْوٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبٰطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.
(Al Baqarah 2:188)


Cara yang hak makan harta orang lain adalah melalui Perniagaan Jual Beli. Barang dan Service.  Apps / Service Personal Shopper

Yang Batil adalah tiada jual beli ..barang dan service tapi duit diambil. Cth scammer, rasuah.... Kalau nak hidup bahagia..jgn pikir nak ambil duit orang. Jangan nak duit senang. Zuhud dgn apa yg ada pada orang lain. Akan rasa kaya kalau tak berkeinginan dgn apa yang orang ada. Akan rasa miskin bila berkeinginan dgn benda yg orang ada  

Anggap rezeki lain2. Orang paling kaya bila tiada keinginan pada hak orang lain.
Meminta minta tidak bagus.

Perniagaan yang Halal
Over marketing and over representation  menjanjikan mcm2 .Cara tak betul walaupun perniagaan halal..boleh bawa kepada haram kerana ada unsur ghurrur.
Tidak betul dan tidak syariah compliant
Nabi anjurkan berniaga dgn jelas. Jangan ada unsur yg batil. 

Bersambung Insya Allah

No comments:

Post a Comment