Wednesday, 10 April 2019

EK MAQDS K49 10.4.19 B3 KEHIDUPAN DUNIA 7. ISTIDRAJ MS33

Kelas Taddabur Al Quran
Erti Kehidupan Mengikut Al Quran dan Sunnah. 10.4.19

Vi.) Istidraj
Bila hidup tidak digunakan dlm jalan  ketaataan kepada Allah, secara umumnya dipanggil Istidraj. Jauh dari Allah. Jauh dari ketenangan. Akan menyesal kalau sempat menyesal didunia.

*****************************
Vii). Dunia laksana Fatamorgana, Pg 34
Cthnya nampak mcm air/air terjun dari jauh. Tapi sebenarnya tiada.
Ketika hidup kita nak kejar dunia...namun kita tak akan dpt apa2.
Mirage/Fatamorgana tidak menyasarkan kita daripada destinasi dan matlamat asal kita. Rugilah orang yang mencari fatamorgana.
Tengah perjalanan kita utk sampai negara akhirat...kita akan lalui dunia fatamorgana. Jangan fokus dunia..bila fokus..dunia akan lari pergi dgn laju....
Gambaran dunia boleh digambarkan dgn kecantikkan bunga
Secara asal dan lumrah...kita suka dunia....bila belum dpt..mesti ingin. Wbgmpn lambat laun kita akan hilang keinginan. Dah nampak tak elok.
Jawatan duit wanita harta dll diminati...dijadikan bahan ujian Allah..dimana yg jujur dan mana yg terburu buru dan lalai.
Nikmat adalah amanah. Amanah yang akan dipertanggungjawabkan. Cth harta...kita kejar2. Bila dpt..mcm mana kita gunakan?. Setiap apa yang kita ada dengan kita.
Allah uji dgn apa yang kita ada yg dia telah dikurniakan. Cthnya suami anak..harta pangkat...dengan yg kita tak ada..Allah tidak akan tanya apa yg kita tak ada.
Manusia ada yg silau dgn kehidupan dunia..blinded by the bling2. Bukan buta...antara nampak tak nampak..
Manusia kejar mirage n fantamorgana....sampai menghalalkan segala cara utk dpt keinginannya. Tidak peduli dgn akhirat. Lupa halal dan haram. Lupa batasan2. Menjadi hamba hawa nafsu. Dunia dan segala isinya memang utk manusia...boleh usaha utk dunia..tapi jangan semata mata utk dunia. Kita cari dunia  utk mendapatkan kejayaaa  akhirat. Cari harta boleh..untuk akhirat. Kalau tiada org islam yg kaya..mcm.mana nak buat sekolah madrasah. Jangan anti kekayaan. Jangan dunia tunggang kita....kita tungang dunia. Kalau tiada orang memacu ekonomi dan perniagaan islam..mcm mana nak bantu umat islam
Di akhirat semua akan sampai...tapi masuk syurga ke neraka.
Ramadhan dah nak dekat?.
Niat Umum
************
sebelum masuk ramadhan
Perbaharui niat tiap2 kali..dan doa
Niat - Bila Masuk Ramadhan
Ketika nak buat
Berniat utk sebulan penuh
Lagi baik...bila kita sedar dan sentiasa ingat niat sebenarnya dan doa. Kadang bila sebok...lupa nak niat.
Dunia ini untuk manusia dan khususnya untuk orang beriman...dia kene ambil dunia dan guna dalam hal yang baik. Orang kafir tidak layak sebenarnya dengan dunia.
Surah Al Araf, ms165, ayat 128
*****************************
Musa berkata kepada kaumnya: Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi ini milik Allah, diwariskanNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya daripada hamba hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang betakwa.
Kita silap bila memisahkan amal dunia dan amal akhirat. Ingat amal akhirat..solat sahaja. Salah. Mencari rezeki dan berniaga utk beri manfaat kpd org lain...itu adalah amalan akhirat.
Bila keliru...kita mula resah..kita ingat kita berniaga kerja duniawi...bukan tak semestinya. Berlaku salah faham..jadi was2. Tgk org kafir maju kaya...marah..salahkan sini sana..
Tiada amalan pure dunia dan pure akhirat. Boleh ubah mengikut niat. Cthnya ustaz bawa orang pergi umrah. Jangan ingat utk duit..usaha bawa org kejalan yang lebih baik.
Carilah kurnian Allah...tapia jangan sampai leka lalai dan terlena.
Tanda orang terlalai...bila dia lupa tunaikan yang wajib dan fardhu. Solat, puasa zakat..membimbing isteri dan anak.
Kesimpulan
**************
1. Dunia adalah senda gurau dan bermegah megahan
2. Dunia spt tanaman yg hijau..sampai kuning layu
3. Kehidupan abadi adalah negara akhirat
4. Kehidupan dunia penuh kepalsuan dan tipu helah. Tiada yg betul2 nikmat dan lazat . Berhati dan waspada
5. Dunia hanyalah sekejap..sekelip mata. DUNIA sekejap 1 atau 1/2 hari masa di akhirat.
6. Dunia adalah utk beribadat kepada Allah sepenuhnya. Penghambaan
7. Dunia bagi meletakkan jadi dalam lautan yg luas...air yg melekat itu umpama nikmat dunia. Lautan pula nikmat akhirat. Manusia mengejar air yg sedikit bukan lautan yg luas.
Orang mukmin bila buat sesuatu...dia nampak akhirat dan Allah.
Ehsan...didapati melalui amal praktikal dgn ujian dan ujian. Beramal seolah nampak Allah di depan. How to get it....go thru the process. Sampai tak boleh describe. Kalau Allah sayang pada kita..Allah akan beri laluan....ehsan.
Iman Nawawi mengenai hadis nabi.
************
Pendek,  fana,  sirna masa dunia....cepat hilang kelazatan....air yg menempal dijari compared to air di lautan. Akan jatuh balik. Walaupun tampung dgn tangan. Bila pegang mcm mana pun akan hilang dan musnah.
Air Lautan tak akan pernah habis.
Allah sayang dengan memberi ujian...agar terus taat....
Jangan berebut dunia dan harta sampai lalai...meninggalkan agama dan cintakan dunia. Ini yg dikhuatiri Nabi

No comments:

Post a Comment