Wednesday, 3 April 2019

EK MAQDS K46 20.3.19 B3 KEHIDUPAN DUNIA 6. KESALAHFAHAMAN TENTANG ANJURAN MENGUTAMAKAN AKHIRAT DRPD DUNIA MS31,32

20 Mac 2019
Kesalafahaman tentang anjuran mengutamakan akhirat daripada dunia
- fahami bahawa kita perlukan semua aktiviti yang kita buat ini mesti ada niat kerana Allah, kerana akhirat
- jadikan semuanya satu ibadah
contoh :
a. exercise pagi vs baca quran dan zikir lepas subuh
- exercise pagi bagus, perlu lakukan jika tiada masa lain yg boleh dilakukan. oleh itu, selepas subuh baca quran
sekejap dan terus exercise kerana Allah
- ini dikira sebagai ibadah, sama seperti layanan untuk suami dan anak2 kerana ini juga suruhan Allah
- jangan ada konflik perasaan!
b. kena keluar kerja pagi2 buta to beat the traffic vs baca quran dan zikir lepas subuh
- niatkan keluar untuk mencari rezeki untuk menyara keluarga, anak2, cari nafkah.
- jangan ada konflik dalam diri
- yang dilarang sebenarnya adalah lalai (contoh tgk tv sehingga lupa solat/solat akhir waktu/solat 2 in 1-zohor akhir
waktu plus asar)
- tanda orang tidak lalai
1. solat awal waktu
2. baca Quran walau sedikit
3. zikrullah 3 masa (pagi, petang, sebelum tidur)
- awas dengan talbis iblis di mana syaitan tidak akan memberi kita kepuasan dalam setiap aktiviti kita (tidak fokus
dan tidak khusyuk)
Cara Pembahagian Masa oleh Nabi Daud
1. masa bermunajat, ibadah specific untuk Allah
2. masa ibadah yang beliau perlu buat, seperti kerja untuk hidup, cari nafkah
3. masa bersosial bersama kawan2 dan keluarga, erat silaturrahim
4. masa untuk diri sendiri (cth rehat, tidur, exercise, 'me time')
- dilakukan setiap hari
- tak semestinya equally divided by 24 hrs
- kehidupan yang tenang adalah dengan good time management
Konsep Ubudiyyah (menyembah Allah)
- konsep yang komprehensif, dibimbing oleh wahyu, dilakukan dengan niat baik, menjadi bentuk ibadah meskipun
ini adalah urusan duniawi
- islam membuat kewajipan bahawa orang2 beriman menjadikan dunia sebagai amanah utk membangunkan peradaban islam
didasarkan pada tauhid, baik moral dan nilai2
- we must understand our roles and responsibilities in this world as decided by Allah and carry out our amanah
in the correct way
Surah Al Isra Ayat 19
وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُورًا
Dan barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh,
sedangkan ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.
- Allah akan menghargai dan membalas dengan ganjaran yang baik
- dunia ini untuk orang2 yang beriman yakni mengikut syariah Islam (5 pillars of syariah)
1. jaga agama
2. jaga nyawa
3. jaga harta
4. jaga maruah
5. jaga akal
- kehidupan muslim mesti dalam penyerahan total (total submission) kepada kehendak Allah
- dalam Islam tidak ada pembatalan hidup iaitu seperti hidup ini untuk akhirat saja, tiada dunia, vice versa
- kedua2nya seimbang, berjalan bersama
- kelemahan orang Islam ialah senang terpengaruh  oleh cabaran modenisasi dan ketegangan berlebihan dari kehidupan ini
- orang Islam sebenarnya bekerja 24 jam utk meraih redha Allah

No comments:

Post a Comment