2 Hubungan Utama Manusia di Dunia
1. Dengan Allah (pandangan ke atas)
2. Dengan Manusia (pandangan sama paras)
Namun penting hubungan dengan diri sendiri(pandangan ke dalam)
Jangan kita salah faham diri sendiri..nanti akan bermasalah dengan Allah dan juga manusiam
Kunci pertama dan utama adalah hubungan dengan diri sendiri. Melihat ke dalam bukan mudah namun sangat penting.
Makrifatul Nas - mengenal diri sendiri..melihat ke dalam. Penting berlaku adil pada diri sebelum bagi masa untuk yg lain.
Kita kene lihat diri kita melaluu component2 yg membentuk diri. Keharmonian semua component penting bagi mencapai kebahagiaan dan ketenangan.
1. Jasad - perlu rehat yg cukup
Kita nak pakai lama jasad kita..bukankah kita sering doa untuk panjang umur. Perlu juga pada senaman kecergasan.
2. Nafsu - keinginan keinginan
Bagi apa yang perlu bukan apa yang dia suka
Makan..tapi jgn sampai kenyang
Tidur - janganberlebihan
Hiburan - cukup dengan sedikit dan bukan hiburan yang melalaikan. Contoh yang baik adalah berhibur dengan sahabat dan keluarga.
Nafsu sifat utama adalah berlebihan
3. Akal- perlukan Ilmu. Posisi diri sebagai penuntut ilmu sampai mati. Merasa diri kita bodoh, kerdil dan lembab. Nanti akan ada rasa nak belajar lagi dan lagi
Bila kita mulai rasai pandai..bermaksud mulalah fasa kebodohan kita
4. Hati - perlukan ketenangan
Banyak punca dan amalan untuk dapat tenang dalam quran dan sunnah. Pilih sahaja mana yang paling mudah dan istiqmah
Kunci untuk tenang - Jalankan yang wajib dulu. Selagi yg wajib ditinggalkan akan rasa tak cukup..tak tenang...
Jangan sibuk dgn yg sunat...yg wajib diabaikan.
Cth Solat Qadha...solat yg dikhuathiri ditinggalkan pada zaman muda/ jahil
Cth Qadha Puasa mana yg ditinggal atau khuatiri ditinggalkan pada zaman muda/jahil
Cth lelaki perlu menafkan keluarganya dahulu sebelum buat amal soleh sunat yang lain
Cth perempuan dalam hal urusan rumah tangga dan didikan anak dan mungkin juga membantu suami dalam mencari rezeki jika diperlukan
Zakat dahulu , kemudian Sedekah
Hutang dahulu kemudian Sedekah. Iaitu Hutang segera dah sampai masa kene laksana dulu. Kalau hutang berkala dan berjadual adalah lain.
Fulfill yg wajib. Yang lain-lain akan terurus.
5. Roh
Perlukan untuk sentiasa dikenalkan dan dihubungkan dgn Allah. Allah sendiri tiup roh kita dalam jasad kita. Setiap apa jua perkara yg menghubungkan kita dgn Allah adalah hak/makanan bagi roh kita. Cth
1. Baca mengenai kebesaran Allah dalam Quran dan Ilmu Sains
2. Tafakkur Alam sekeliling dab dalam rehlah/musafir/
3. Sedekah Jariyah
Memberi hak yang seimbang pada semua kompenen diri kita adalah sgt penting. Kalau tidak menderita. Namun bukan senang untuk dapat keseimbangan. Pasti ada kekurangan sini dan sana. Maka istiqqmahlah berusaha dan mohon pertolongan dari Allah.
Selalu masalah datang sebab...nafsu selalu berlebihan. Nafsu menjadi raja.
Surah An Naziyat, ms 584, Ayat 40,41
*************************************
Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada (keinginan) hawa nafsunya,
Maka sesungguhnya, syurgalah tempat tinggal(nya)
Dengan nafsu kita kene *train* nafsu perlu didikan yang perlahan2 dan istiqamah.dilatih
Kita kene latih untuk tahu bila nak stop/break. Nafsu perlu didikan. Ditarbiyah.
Limit hak nafsu kene pandai2 adjust. Nafsu kene disiplinkan...jadi askar bukan jadi raja. Bila nafsu jadi raja..akan berlebih dan melampau dan component yg lain akan ikut.
Makin kurus nafsu makin bagus...suruh nafsu puasa!!. Tapi Latih dengan kesabaran...jangan terus paksa dan ubah serta merta. Tazkiyatul Nafsi.
Tarbiyahlah seluruh compenent diri kita. Mencakupi semuanya. Tundukkan . Nanti akan jadi tenang seluruh urusan kehidupan. Jangan buat perubahan terlalu mendadak..kerana takut cepat putus asa dengan diri sendiri dan bersangka buruk tentang diri dan Allah.
Kalau betul tarbiyah kita dengan diri..akan nampak diluaran, iaitu elok akhlak dan pertuturan, sabar dan menyenangkan.
Setiap hubungan dengan manusia melatih diri kita sendiri sebenarnya...nafsu kadang2 berat membuat baik kepada orang lain..namun kita melatih diri kita untuk baik bila berhubung dengan berbagai jenis manusia.
Lihatlah sebagai apa jua kita buat atas asas untuk tarbiyah diri sendiri. Puasa solat..sedekah..tolong orang...sabar dengan orang..sangka baik dll
Hadis Nabi.
Mengenai sahabat yg jumpa Saidatina Aisyah mengenai solat malam nabi, puasa nabi dan amal ibadah nabi.
Bila dengar kehebatan amalan nabi yang memang sudah maksum....sahabat berazam dan berkobar2 nak buat habis2 lebih dari nabi, sampai kata tak nak kahwin..tak nak tidur...nak puasa berterusan. Ini semua niat baik kan?. Apa kata nabi?
Nabi larang sahabat berbuat demikian dia kata pada dirimu ada HAK. Perkahwinan adalah sunnah ku..
Kene jaga hak2 utk dapat keseimbangan hidup .Semakin pandai kita jaga hak2 ...akan mula ibadah lebih khusyuk.
Surah Al Isra' Ayat 7, ms 282
******************************
Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi diri kamu sendiri; dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi diri kamu sendiri dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami bangkitkan musuh kamu) untuk menyuramkan wajah kamu, lalu mereka masuk ke dalam masjid (Masjid Al Aqsa), sebagaimana ketika mereka memasukinya pertama kali dan mereka membinasakan apa saja yang mereka kuasai.
Orang dermawan sebenarnya pikir diri sendiri. Iaitu kerana sayangkan diri sendiri mereka mempunyai perspektif bahawa harta untuk diri bermaksud dengan membelanjakan sebahagian besar harta ke jalan Allah - infaq dan amal soleh. Bukan untuk mengumpul , mengira gira harta , bersenang lenang dan menunjuk nunjuk Cerita peniaga kaya wanita di Surabaya yg banyak infaq ke jalan Allah.
Semua apa yang kita buat kene ada manfaat pada diri kita. Manfaat untuk hati, diri dan untuk akhirat kita. Apa jua yg kita buat...untuk manfaat diri kita. Latih dan didik. Kena paham prinsip hak diri.
Bila kita paham hakikat diri ...Kita akan sedar kita banyak sangat kekurangan dan kelemahan...kita hanya boleh ber doa kepada Allah dengan berterusan dan bersungguhan mohon bantuan dan belas kasihan.
Abid. Ibadah ialah merasa kita perlu Allah. Kita buat amalan atas kesedaran...kita amat perlukan Allah dalam segala hal. Allah tidak perlukan langsung ibadah kita namun Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Penyantun akan semua hambanya.
Tanda Allah benci pada hamba...bila dia bagi manusia rasa dia tak perlukan Allah.
Surah Al Alaq, Ayat 6 dan 7 ms597
***********************************
6. Sekali kali tidak! Sesungguhnya, manusia itu benar2 melampaui batas
7.Apabila melihat dirinya serba cukup
Dengan manusia bagus untuk rasa cukup, agar tak meminta minta dari orang dan iri hati kurnia org lain.
Dengan Allah mesti rasa amat memerlukan pertolongan dan belas kasihan Allah...sebab tak mampu dengan pelbagai kekurangan dan kekhilafan diri
Manisnya ibadah....apabila bila amat memerlukan. Kunci ibadah...rasa perlu pada Allah pasa setiap masa dan ketika.
Orang mukmin akan ditunjukkan dgn perkara2 yg akan buat dia rasa serba tak cukup dan lemah dgn Allah. Lain manis ibadah bila susah...berbanding tengah senang. Namun kita tidaklah sampai doakan kesusahan dan ujian..kita perlu doakan untuk kebahagian, kemudahan, kekayaan...dan takdir yang baik2. Namun bila datang ujian dan rasa serba kekurangan kita sentiasa bersedia.
Surah Al Ghafir, Ayat 60,ms 474
*********************************
Dan Tuhan berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.
Meminta = ibadah
Doa adalah ibadah. Doa adalah Otak pada ibadah...Doa adalah engine penggerak segala ibadah
Hubungan kita dengan Allah ditentukan oleh hubungan dengan diri kita sendiri. Bila kita lihat segala kekurangan kita melalui
Muhasabah yang istiqamah dan taqwa dan ..muhasabah....kita akan istighfar dan rasa perlu pada pengampunan pada setiap saat dan ketika.
Kalau rasa segala ok....cukup..elok. BAHAYA.
Biasanya bagi orang awam macam kita... dalam setiap hari ada dalam 5 komponen diri kita akan anda kezaliman yang kita lakukan...dan inilah buat kita rasa kurang/kerdil/lemah...Jadi ..beristiggar...mengharap pengampunan dan pertolongan Allah.
Aamiin
******************************************
Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan).
(Al-Qashash 28:88)
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisaa' 4:59)
Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; (Al-Ahzaab 33:41)
Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang. (Al-Ahzaab 33:42)
Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat). (Al-Ahzaab 33:43)
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah 2:152)
No comments:
Post a Comment