Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. (Al-Hasy-r 59:18)
Kehidupan dunia antara fasa2 kehidupan kita
Fasa2 adalah spt:
*******************
Alam Roh
Alam Rahim kongsi darah dan makanan dgn ibu
Alam Dunia
Alam Barzakh
Alam Akhirat - destinasi akhir syurga atau neraka
Untuk menentukan fasa akhir bergantung pada kehidupan kita di dunia
Tujuan hidup di dunia adalah untuk beramal..dari baligh hingga kematian
Setiap pilihan kita lepas baligh ada pahala dan dosa nanti...consequence..akan dihisab.
Utk dapat maksima amal soleh ..kita kene usaha untuk meraih ketaqwaan. Target dlm hidup utk dptkan taqwa. Utk dpt taqwa kene setiap masa /hari kene tanya...apa yg kita dibuat untuk akhirat aku?. Mesti tanya selalu...supaya semua yg kita buat dgn niat Akhirat
Tiada beza amalan dunia dan amalan akhirat kecuali dlm NIAT. Sangat penting untuk niat kerana Allah untuk kehidupan akhirat. Niatkan semua amal untuk akhirat. Mandi pagi, makan.
Setiap amalan yg tidak bermula dgn bismillah akan terputus.
Selalulah musahasabah diri..niat utk dunia atau akhirat?.
Ayat ini mula dgn taqwa dan akhir dgn taqwa. Tak sah kuthbah jumaat tanpa seruan utk bertaqwa.
Taqwa adalah mencari apa jua jalan utk dapat laksanakan seluruh perintah Allah. Bukan cari alasan atau berserah.
Kisah pondok rumah anak yatim di Makkasar Indonesia. 25 budak yatim. Tukang masak menguruskan rumah anak yatim. Kalau ikut akal...mungkin tak buat. Namun kerana taqwa dia mencari jalan untuk jaga anak yatim..dia berusaha dan terdorong dengan taqwa utk membuat sesuatu yg orang lain kata tak boleh atau susah. Dahsyat. Dengan taqwa kita buat bukan seorang.. tapi dengan bantuan Allah. Dengan nilai taqwa..dia ketepikan alasan..dia cari jalan dulu dan niat buat baik dulu..dia yakin dgn pertolongan Allah. Dia tak turutkan bisikan syaitan yg negative yang melemahkan semangat. Taqwa kurang dan iman lemah.
Kene selalu muhasabah diri?. Keluar dari comfort zone..buat sesuatu yang lebih. Selalu rasa tak cukup amal..supaya mendorong kita untuk buat lebih amal soleh
Taqwa.Muhasabah.Taqwa
Apa lagi kita perlu ada?
Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar. (Al-Insaan 76:24)
1.Redha dan sabar dengan segala terhadap hukum dan perintah Allah. Buat sahaja. Tunai dengan hati yang redha.
2. Bersabarlah dgn takdir/keputusan yang Allah tentukan. Cth bila kita beramal kita rasa hasil yg best dan memuaskan...tapi ini bukan selalu. Cthnya dalam menasihati/dakwah/mendidik anak. Kalau results tak spt kita nak...takkan kita nak tinggalkan sahaja. Dalam beramal ada yg meleset dan lari dari apa yg kita telah rancang...SABAR...maintain iltizam. Jangan bagi jatuh himmah/iltizam. Kita diingatkan oleh Allah untuk Sabar. Orang2 yang betul2 berjaya...orang yang persistent..perseverance and determination. Teruskan usaha sehingga dpt results yg tidak terduga duga
Kisah ziarah Pondok di tengah2 kota Padat dan sarang penyamun...orang jahat..orang ambik dadah...Ada seorang ustaz jadikan rumah dia tempat mengaji..dia nak selamatkan dan dakwahkan anak2 penduduk situ...makin ramai...800..anak daripada criminal...anak jadi ustaz. Membesarkan bangunan. Mereka berusaha nak pindah..tapi ditakdirkan disitu jugak. Pengurus sabar...sikit2 jadi ramai...org lain kata jangan pindah.. depa nampak kesan..dapat sinar cahaya. 30 tahun usaha...sehingga kiai meninggal. Masa dia sakit tenat dihospital dia suruh nak balik utk ajar anak2 murid..doctor tak bagi..dia suruh anak2 murid dia datang. Dia tak bagi sebarang alasan . Semangat akhirat dia sangat kuat. Mereka mencari inspirasi. Kene faham persiapan untuk akhirat. Makin nak dekat bertemu Allah makin kita rasa tak cukup amal dan makin bertambah tanggungjawab dan amanah. Akan leka dan lalai bile kita tak yakin hidup adalah tempat beramal.
3. Jangan jadikan ikutan..arahan orang yang berdosa dan orang kafir.
Elemen dan Prinsip Taqwa
1. Mencari jalan untuk melaksanakan
2. Menutup terus jalan yg membawak kepada keburukan/dosa/melalaikan
Jangan tengok lama sebab nanti nampak indah..branding packaging n marketing syaitan power..kita tanpa sedar...ikut yg tak elok.
Surah Al Kahfi, Ayat 28, ms 297
********************************
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Al-Kahfi 18:28)
Cara Allah didik kita dgn ujian2. Jarum syaitan lebih tajam utk org pergi masjid. Format ujian berbeza ikut waktu dan orang. Teruskan teruskan. Makin naik level kita makin dahsyat ujian. Sabar. Sebab kita yakin yang kita nak upgrading lagi. Sabar. Dibelakang ketabahan dan kesabaran akan ada anugerah . Berita gembira bagi orang yang sabar. Himpun tenaga dan siapkan diri bila gembira/bahagia untuk ujian yg akan datang. Bila dah raih taqwa...cepat2 muhasabah. Jangan bergantung pada org atau diri. Hanya pada Allah.
Maintain bersama orang yang beriman walaupun dalam ujian. Jangan palingkan diri dari mereka semata utk dapatkan habuan dunia. Dekat dengan orang yg selalu ingat Allah.
Ingat Allah
1. Dengan lisan
2. Dengan hati yang yakin dengan Allah
3. Dengan perbuatan
Panduan utk ikut orang dengan tengok perbuatan dia...buat elok atau buat dosa/kemaksiatan. Jangan tertipu dgn tasbih dan mulut yg bercakap. Jangan ikut orang yang lalai . Jangan silap pilih kawan/teman yang memenuhi hati kita. Yang kita ingatkan. *Khalil*
Surah Al Furqan, Ayat 27 -29, ms 362
*************************************
Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? (Al-Furqaan 25:27)
"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! (Al-Furqaan 25:28)
"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)". (Al-Furqaan 25:29
Khalil...contoh teladan dan rujukan. Hati2 pilih khalil. Bukan maksudkan skdr kenalan dan kawan biasa2.
******************************************
Kehidupan di Dunia ini sebagai Medan untuk Kita Beramal dan Berbekal
*****************************
Dunia itu dipenuhi aturan-aturan yang sama sekali tidak boleh diabaikan. Ada halal-haram, ada perintah-larangan. Kerap kali untuk menjalankan suatu perintah, harus meninggalkan beberapa perkara yang nampak indah dan di saat tertentu harus menelan rasa pahit. Seluruh perintah ini hanya akan dilaksanakan oleh orang-orang mukmin kerana mereka bersabar dan yakin bahawa kehidupan sebenarnya yang terdapat berbagai kenikmatan hanya akan ada di akhirat. Di dunia ini hanya untuk menjalankan perintah Tuhannya.
Kehidupan di dunia ini adalah sebagai medan untuk kita beramal dan menyediakan persiapan kita menuju alam akhirat. Tidak mungkin kita akan tenang dan berbahagia apabila membawa bekalan yang sedikit dan tidak berkualiti pula apabila menuju perjalanan yang jauh ke alam barzakh dan alam akhirat.
Janganlah sia-siakan masa, umur, tenaga dan kekayaan yang kita miliki tanpa kita membuat pelaburan untuk bekalan kita di sana, ketika itu apa yang akan menjadi pertukaran adalah amal-amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan yang kita lakukan di dunia ini semata-mata kerana Allah SWT.
Gunakan hidupmu
Gunakanlah waktu sehatmu (untuk beramal ketaatan) sebelum datang sakitmu. Dan gunakan hidupmu (untuk beramal soleh) sebelum kematian menjemputmu. (HR Bukhari 6416)
Seorang Muslim wajib mencari nafkah, tapi jangan tamak kepada dunia. Seorang Muslim hidupnya untuk ibadah kepada Allah, kerana itu ia wajib menuntut ilmu, berlumba-lumba melakukan amal soleh, dan memenuhi hak Allah dan hak manusia.
.......
No comments:
Post a Comment