Friday, 11 January 2019

EK MAQDS K37 9.1.19 B3 KEHIDUPAN DUNIA 3. YANG MENGUTAMAKAN KEHIDUPAN DUNIA

Kelas Taddabur Al Quran
Rabu, 9.1.2019
Erti Kehidupan Mengikut Al Quran dan Sunnah
Apakah tanda orang yang mengutamakan dunia
****************************************
1. Pandang remeh org beriman dan soleh dan
2. Pandang tinggi orang Kafir
3. Utamakan yg hasil cepat dan instant. Tak sabar. Orang beriman ada keyakinan..tak dapat di dunia..takpa..pasti akhirat dpt. Tidak salah minta kebaikkan di dunia dan akhirat. 
Kalau kita betul orang beriman...balasan kita dpt di dunia hanya 1%.  Sabarkan diri kita...kalau tak dpt hasil didunia. Sabar dalam mendapatkan hasil.
Cth didik anak bersungguh. Kalau tak dpt spt yang diinginkan...adakah semua sia2?. Tidakkk. Ikhlaskan usaha.  Allah pasti bagi ganjaran di akhirat.
Kisah nabi Noh...kisah seorang ulamak pada zaman tabiin.. anak suka minum arak. Jual buku ayah utk jual arak. Sedih kan. Adakah ia akan mengurangkan nilai ulama terkenal di sisi Allah?. Tidak. Dia telah usaha.
Yang penting berbuat. Biar Allah tentukan. Kita hanya mampu usaha.
4. Keinginan hanya untuk duniawi...nak dipuji.nak glamer..smart..cool..dipuji
5. Bergelumang dlm kemaksiatan
6. Selesa dan bahagia di dunia
7. Terpedaya dgn kebebasan orang kafir
8. Hanya mempunyai ilmu tentang zahir dunia. Tak tahu pasal agama..dan akhirat. Tapi ilmu untuk mendidik hati untuk lebih beramal..kurang dosa. Tak tahu ilmu halal dan haram. Perlu kan ilmu akhirat.
Ayat 9 . EK
Surah At Takatsur,102 : 1-2
"Engkau semua dilalaikan oleh perlumbaan mencari kekayaan, sehingga engkau semua mengunjungi kubur..yakni sampai mati...."
Kasara - berlumba lumba untuk lebih banyak
Takasur - dalam semua perkara nak lumba
Alha * Telah. Perkara ini telah terjadi pada diri kita sendiri.
Dalam semua perkara - dunia dan akhirat
Lumba akhirat dapat hasil.
Berlumba dalam membuat kebaikkan
Kubur bukan destinasi , akhirat adalah destinasi akhir. Maka, kita dikatakan Mengunjungi kubur/ziarah kubur.
Tanda orang yang mengutamakan dunia...berlumba untuk dunia.
Kubur dari bahasa arab *qhobara*. Asalnya dari maksud jauh dari kebaikkan. Takde lagi nak buat baik...Sebelum tu nak buat baik.
3 yg berterusan selepas mati.
******************************
Sedekah Jariyah
Ilmu yang bermanfaat
Anak yang soleh.
Gunakan peluang hidup didunia untuk amal soleh. Cari amalan yg effect dan manfaat kepada orang lain. Kalau ada harta...wakafkan.
Cari yg mula2..baru nak start. Agar Berterusan. Ambik peluang benda baru. Yg baru itulah manfaat yg banyak. Ada benda baru..support. Kita tolong bantu.
10. Mencintai Harta dengan sebenar benar cinta yg berlebihan.
Al Fajr, 89:20
*Maala* kecenderungan. Semua orang nak harta. Semua org. Secara zahir mesti ada keinginan.
Boleh ke?. BOLEH. Yang salah..ialah *HubbanJamma* cinta yang berlebihan.
Tanda2.
**********
Surah Al Fajr, ms 593, Ayat 16
1. Ketika diuji dgn kekurangan harta .dirasa terhina..why??
-kurangkan rezeki
- apa yang ada hilang
-dicuri orang
Response situasi ini - adakah dia marah kepada Allah kerana tak adil...??.
2. Ketika harta tiada bahagian dgn orang yatim.
3. Mereka tidak mengajak orang lain untuk beri makan orang miskin
4. Campur aduk halal dan haram..hak orang lain diambil. Contoh pada harta pesaka.. Ramai mcm ni. Yang nak bolot lebih.
Kisah makcik tua 90++.. tak ada anak. Kaya raya jutawan. Makcik pula cerewet. Pindah2 org jaga. Adik2 dia kene jaga. Adik2 dia tak nak jaga. Ketika meninggal banyak harga. Anak saudara tak dpt...pasal pakcik masih ada. Adik beradek dpt banyak. Kakak yg jaga tak dpt apa2...dia bukan waris. Sorang je dari adek beradek yg ingat.. dia ingat..dia sakit2 dan juga jaga anak yatim. Dia bagi separuh kepada anak saudara yg jaga tu. Yg lain tak ingat.
Berbudi bahasa. Nilai akhirat. Jangan hanya utamakan harta. Berhati hati.
Huban = Benar2
Ayat 11 EK
Surah Al Aadiyaat, 100 : 6-8
Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada tuhannya,
Dan sesungguhnya manusua itu menyaksikan/akui sendiri keingkarannya.
Dan sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cintanya kepada harta.
Tanpa didikan agama...cinta pada harta boleh berlebihan.
Tanda ke 11.
Lupa bersyukur dan bakhil dalam kehidupan.
kanud - kufur nikmat. Tak bersyukur
Surah Al Hadid,Ayat 10
Dan mengapa kamu tidak menginfakkan hartamu pada jalan Allah,padahal milik Allah semua pusaka langit dan bumi?  Tidak sama orang menafkahkan hartanya di jalan Allah di antara kamu dan berperang sebelum penaklukan mekah. *fasa susah
Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang yang memginfakkan hartanya dan berperang setelah itu.
Dan Allah menjanjikan kepada mereka masing2 balasan yang lebih baik. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.

No comments:

Post a Comment