السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
ُِSalam pagi Rabu
23 Jan 2019.
17 Jamdilawal 1440
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
23 Jan 2019.
17 Jamdilawal 1440
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah berilah kami rahmat Mu Ya Allah, letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya Allah dan hindarlah kami dari azab api neraka.
Ya Allah ampunlah dosa-dosa kami Ya Allah, ampunlah dosa kedua ibubapa kami Ya Allah, ampunlah dosa anak istri kami Ya Allah dan ampunlah dosa seluruh ahli keluarga kami, saudara mara kami, guru-guru kami, sahabat2 kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah jika mereka telah pergi mendahului kami, lepaskan mereka daripada seksa kubur Ya Allah dan Engkau luas dan lapangkan kubur mereka dan jadikan kubur mereka salah satu daripada taman syurga Mu Ya Allah.
Ya Allah ingatkan kami bahawa Engkau sentiasa melihat apa yang kami lakukan, oleh itu jadilah ia penghalang bagi kami dari melakukan maksiat Ya Allah.
Ya Allah sedarkanlah kami bahawa kematian itu pasti, maka sempurnakanlah persiapan kami untuk berjumpa dengan Mu Ya Allah.
Ya Allah kuatkan dan sempurnakan iman kami. Ya Allah, terimalah taubat kami Ya Allah, panjangkan umur kami, kurniakan kami keselamatan dan kesihatan yang baik. Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar.
Ya Allah berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat dan masukkan kami ke dalam syurga Firdaus Mu Ya Allah.
Ya Allah didiklah diri kami untuk menerima segala kepahitan hidup dengan sabar dan redha.
Ya Allah bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga akhlak kami, pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan peliharalah diri kami daripada membeci dan dibenci.
Ya Allah janganlah kami dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan harta benda, pangkat serta pengaruh.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami.
Ya Allah dorongkanlah kami utk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami. Sesungguhnya kami adalah kepunyaanMu Ya Allah dan kepada Mu jualah kami kembali.
Ya Allah masukklah kami dalam golongan orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dan hidayah Mu Ya Allah.
Ya Allah selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya dan masukkan kami dalam golongan yang mendapat shafaatnya di padang mahshar nanti. َ
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat pagi Jumaat
25 Januari 2019
19 Jamdalawal 1440
25 Januari 2019
19 Jamdalawal 1440
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga dan para sahabatnya.
Ya Allah berkatilah kami dalam pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami dan keturunan kami.
Ya Allah terimalah taubat kami. Ya Allah Engkau yang Maha Menerima Taubat dan maha Penyang.
Ya Allah jadikanlah kami orang yang bersyukur pada nikmat Mu, pemuji nikmatMu, menerima nikmatMu. Ya Allah sempurnakan nikmat kami kepada kami.
Ya Allah jauhkanlah kami dari sikap riak, ujub dan takabbur tatkala kami menumpang di bumiMu ini Ya Allah, berlangitkan kekuasaanMu, bernafas dengan izinMu, berezeki dengan limpah kurniaan Mu.
Ya Allah sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan dariMu juga.
Ya Allah Ya Tuhan kami terangilah cahaya pada hati-hati kami dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu buat selama-lamanya.
Ya Allah bukakanlan pintu kemenangan kepada kami dengan kemenangan yang nyata, kejayaan di dunia dan akhirat.
Ya Allah ampunilah dosa kami yang kami lakukan semenjak kami kecil lagi.
Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang, terimalah taubat kami dan sayangilah kami.
Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.
Ya Allah akhirlah hidup kami dengan Islam, akhirlah hidup kami dengan membawa iman dan akhirlah hidup kami dengan husnul khotimah.
Ya Allah limpahkan ketakwaan kepada kami serta berilah kami istiqamah dalam ibadah kami.
Ya Allah berilah kami kesihatan yang baik agar kami dapat melakukan kesemua ibadah kami dengan tenang dan selesa.
Ya Allah jadikanlah kami melakukan semua ibadah kami dengan bersunguh sunguh semata mata untuk mendapat keredhaan dan ganjaran Mu.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kemampuan dan kesungguhan untuk beribadah dan lindungi kami dari berbagai fitnah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين
No comments:
Post a Comment