Wednesday, 25 July 2018

EK MAQDS K17 18 .7.18 B2 ALQURAN ADLH PEDOMAN UTK MENEMUKAN MAKNA HIDUP YG SEBENARNYA 1.HIDUP DUNIA ADLH UNTUK BERIBADAT MS12.14


(Rabu, 18.07.2018) 
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah 

BAB 2 - Al-QURAN ADALAH PEDOMAN UNTUK MENEMUKAN MAKNA HIDUP YANG SEBENARNYA.i. HIDUP DUNIA ADALAH UNTUK BERIBADAH, MS 12

Pertemuan Lepas
Bila Allah cipta Manusia dan jin, bukan saja, tapi ada matlamat – iaitu asasnya untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah

Kesempurnaan ibadah dan pengabdian kepada Allah adalah  - berasaskan CINTA. Orang beriman sangat mencintai Allah pada setiap masa dan ketika. Bila sangat cinta Allah, akan nampak dalam akhlak dan perbuatannya
1.     Pantas dalam melakukan kebaikkan
2.     Sentiasa berhubung dengan Allah denga doa dan beribadat. Susah dan Senang Sentiasa berpegang dengan tali Allah
3.     Khusyuk  dalam solat dengan sebaiknya – akan diterjemahkan dalam kehidupan

Rahsia khusyuk solat – Ingat Allah banyak dalam solat, maka makin khusyuk.

Khusyuk dalam kehidupan harian, berapa banyak ingat Allah – kat rumah? Memandu? Berehat. TANDA – bila ada arahan cepat buat, contohnya solat awal waktu., bila benda tak patut- ubah, tegur atau beredar. Ingat Allah pada tiap masa. Penanda Aras khusyuk – berapa banyak ingat Allah dalam seharian.

Surah Fathir 35:15 (Ayat no 7 – ms 12 Buku Erti Kehidupan)

 ۞ يٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلْفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِ ۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلْغَنِىُّ ٱلْحَمِيدُ
Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.

Ketika selalu bergantung dengan Allah, anytime and everytime –
– ‘DEFINITE’

Kamu sentiasa akan perlukan Allah, takde satu saat pun tak perlu. Anytime and anywhere
Allahu Hu Wal Ghaniyu – Maha Kaya bila2, sentiasa.

-Sentiasa memerlukan Allah (Fakir). SempurnaNya ibadah kita kepada Allah bila kita merasakan kita miskin fakir dhaif kurang dengan Allah. Bila ada masalah, ibadah lebih khusyuk! Doa khusyuk, bila kita sangat memerlukan, LENGKAP SEMPURNA DAN KHUSYUK – bila rasa miskin, lemah dan fakir.

Sayangnya Allah kepada hambanya, dia akan sentiasa hantar/kurniakan rasa TAK CUKUP/SAKIT/PERLU dengan Allah.
Dibagi kurang di dunia, supaya rasa FAKIR dan MEMERLUKAN – nak bagi khusyuk, rapat, intim, sentiasa mohon. Bila semua perfect tip top – doa and ibadah pun ‘so – so ‘. Allah hantar masalah, bukan untuk mengazab kita, tapi CALLING dari ALLAH – mari dekat pada ku, mohon paduku, khusyuklah janganlah leka.

AL FUQARA’ – sentiasa perlukan (fakir). Bila kita bawak rasa perlukan Allah selalu, ibadah dan doa menjadi khusyuk dan ada nilai.

Manusia akan tawar bila semua dah ada perfect. Ibadah kita bukan untuk KAYAKAN dan TAMBAHKAN Allah. Iaitu tambahan kemuliaannya. Ibadah itu kembali manfaat nya kepada mu wahai manusia. Baik atau Buruk kesan pada kita.  Ianya akan menambahkan kemuliaan kamu di sisi Allah.

Orang yang CINTA Allah- dibuat  segala ibadah, amal soleh dan kebajikan sebab kenal Allah…tahu Allah tak perlukan kita. Namun kita sperlukan Allah.

Bila dah memiliki segalanya. Manusia sering lupa dan alpa dengan apa yang dia perlukan dari Allah.

Indahnya penghambaan kepada Allah, kita tahu apa yang kita MAHUKAN daripada Allah – Redha dan Rahmatnya. TAPI kita tak tahu dapat ke tak. Selagi tak mati, tak tahu. Selagi hidup akan terus mengabdikan diri kepada Allah.
-        INGINKAN REDHA ALLAH

Banyak manusia, ingat Allah bila perlukan sahaja.

Surah Al Hajj, Ayat 11, Page 333

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَعْبُدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍ ۖ فَإِنْ أَصَابَهُۥ خَيْرٌ ٱطْمَأَنَّ بِهِۦ ۖ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ ٱنقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِۦ خَسِرَ ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةَ ۚ ذٰلِكَ هُوَ ٱلْخُسْرَانُ ٱلْمُبِينُ

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.
(Al Hajj 22:11)

Bila dah dapat apa yang dia doakan, dia akan berhenti beribadat

Surah Al Hajj, Ayat 12, Page 333
يَدْعُوا۟ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُۥ وَمَا لَا يَنفَعُهُۥ ۚ ذٰلِكَ هُوَ ٱلضَّلٰلُ ٱلْبَعِيدُ

Ia menyeru selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudharat dan tidak (pula) memberi manfaat kepadanya. Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.
(Al Hajj 22:12)

Allah suka orang meminta minta. Kita kenal Allah, rasakanya sempurna ibadah pada ketika kita rasa amat memerlukan

Dengan Allah, kita kena rasa sentiasa perlu, dengan Manusia, kena rasa cukup – Cukup Allah bagi ku.

Dalam apa keadaan, dapat ke tak dapat, kita tetap sembah Allah , kerana kita mahukan REDHA Allah

DUNIA adalah ….
1.     Tempat untuk beribadat
2.     Tempat untuk dikenakan ujian

BAB 2 - Al-QURAN ADALAH PEDOMAN UNTUK MENEMUKAN MAKNA HIDUP YANG SEBENARNYA. 
ii. PENGHAMBAAN DIRI KEPADA ALLAH MS 13&14
Seperti dalam buku.

Penghambaan/Pengabdian diri kepada Allah SWT atau al-ubudiyyah adalah kedudukan manusia yang paling tinggi di sisi Allah SWT. Kerana dalam kedudukan ini, seorang manudia benar-benar menempatkan dirinya sebagai hamba Allah SWT yang penuh dengan kekurangan, kelemahan dan ketergantungan kepada Rabb-nya, serta menmpatkan dan mengagungkan  Allah SWT sebagai Rabb yang Maha Sempurna, Maha Kaya, Maha Tinggi dan Maha Perkasa.

Hakikat dari kehambaan Allah SWT adalah ketaatan, kepatuhan dan kerundukkan. Hamba Allah adalah manusia yang taat, tunduk, dan patuh kepada Allah. Sebagai hamba Allah manusia harus beribadan kepada Allah SWT dan menjauhi yang dilarang dan menjalankan apa yang diperintahkan (Taqwa)

Manusia pada zatnya perlu dan bergantung  kepada Allah untuk memenuhi keperluan mereka lahir dan batin, dalam semua erti keperluan dan ketergantungan, baik itu disedari oleh mereka mahupun tidak. Oleh kerana itu, hamba-hamba Allah SWT yang beriman dan selalu mendapat limpahan taufik-Nya, mereka selalu mempersaksikan ketergantungan dan keberhajatan ini dalam semua urusan dunia mahupun agama.

Orang yang paling sempurna penghambaan dirinya kepada Allah SWT adalah orang-orang yang mencintai Allah SWT dengan utuh dan sempurna, sehingga mereka selalu bersegera dan bersungguh-sungguh dalam mengerjakan amal soleh dan medekatkan diri kepada Allah SWT, bersamaan dengan itu, mereka tetap menundukkan diri dan menyakini ketergantungan diri mereka kepada-Nya , dengan selalu berharap dan takut kepada-Nya

Al Ubudiyyah (penghambaan diri) atau ibadah adalah sesusatu yang menghimpun rasa cintan yang utuh disertai sikap merendahkan diri yang sempurna. Maka tidaklah dikatakan susatu perbuatan sebagai ibadah atau penghambaan diri jika tidak disertai dua hal ini.

Sombong dan membanggakan diri, perosak al-budiyyah,
Dari Abdullah bin Mas'ud radhiallahu'anhu bahawa RAsulullah SAW bersabda " Tindaklah masuk Syurga orang yang dalam hatinya ada kesombongan (meskipun)seberat biji debu. Ada yang bertanya : (Wahai RAsullullah, sesungguhnya setiap orang senang memakai baju yang bagus dan alas kaki yang indah.)

Rasullullah SAW bersabda: " Sesungguhnya Allah Maha Indah dan Dia mencintai keindahan, kesombongan    itu adalah menolak kebenaran (kerana bongkak) dan merendahkan manusia".

Inilah hakikat agama Islam yang diturunkan oleh Allah kepada para Rasul-Nya SAW dan daam kitab-kitab Nya. Iaitu penyerahan dan ketundukkan diri seorang hamba hanya kepada Allah dan bukan kepada selain-Nya , maka orang yang menyerahkan diri kepada Allah dan juga kepada selain-Nya maka dia adalah seorang musyrik ( berbuat syirik/ ,menyekutukan Allah) sebagaimana orang yang menolak islam, maka dia adlaah orang yang menyombongkan diri. 


BAB 2 - Al-QURAN ADALAH PEDOMAN UNTUK MENEMUKAN MAKNA HIDUP YANG SEBENARNYA. iii. HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA- MENGUJI MANUSIA DENGAN BERMACAM UJIAN m.s.15.

Al Mulk, 67:2

لَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,

Tafsiran pertama - Maut dimaksudkan, sebelum dicipta/hidup
Tafsiran kedua – Mati lepas dah dihidupkan. Kenapa letak awal? Sebab kematian lepas hidup adalah yang penting, maka letak kedepan

Kalau nak amalan yang terbaik (Ahsanu Amala) – maka, cara fikir, start dengan mati – Bermula dengan FINISH , melihat apa yang akan jadi. Dituntut ada acara fikir yang merentasi MASA . Nak mati macam mana. Fikir, kalau aku mati nanti macam mana. Kene ikut priority dan plan. Allah susun ayat ini, Orang yang baik amalnya – bila dia fikir pasal mati dahulu. Penghujung  / MATLAMAT jadi basis kehidupan kita.

Orang yang cerdik, adalah orang yang selalu ingat MATI. Jangan pakai REDAH je. Allah yang menentukan khusnul khatimah, kita manusia hanya mampu berusaha. Ada tanda2 – akhir2 kehidupan makin dekat dengan Allah, dari segi ibadah dan paling penting keimanan dan keyakinan. Pada waktu sakaratul maut, apa yang selalu kita cakap akan jadi apa yang kita ucapkan pada akhir hayat. Kalau sebut Allah, Syadah – insya Allah khusnul khatimah. Namun, keputusan akhir adalah dengan Allah

Kisah Nabi dengan seseorang – yang susah hati kematian pakcik dia kerana pakcik banyak dosa. Jika syahadah adalah akhir kalam si mati, Nabi cakap - wajib baginya syurga .
Proses Panjang untuk capai khusnul khatimah, dan ianya adalah ANUGERAH. Nabi kata, ada orang dari kecil sampai besar dalam ketaatan, namun bila akhirnya dia beramalan dengan amalan ahli neraka, sehingga dia menjadi ahli neraka
Ada orang yang hidup bergelumangan dengan dosa, namun takdir dia  mati dalam keimanan dan dijadikan ahli syurga.

TAKUT DAN HARAP/YAKIN – Keep on Istiqamah
Kene mintak anugerah, apply, jangan berenti berdoa.

Allah mudahkan orang itu menjadi ahli syurga, dengan memberi amalan ahli syurga. TAPI jangan rasa selesa dan bangga. Jagalah sampai ke akhirnya. Apa yang tanam itu yang kita tuai. Keep on jaga diri kita sampai mati

Bukan semua yang kita buat, baik belaka. Ada yang kita buat tak baik, Dalam ujian, buat silap. Silap bukan jadi isu , itu biasa. Perlu terus bertaubat… Allah ampunkan dulu dan kemudian belas kasihan kepada kita.

Bukan maksud nak dapatkan ‘Ahsanu Amala’ – tak buat salah langsung. Sampai taknak buat sebab takut salah, kalau macam tu, kita tak dapat apa2. Hadapi ujian , bila betul dapat pahala, bila terbuat salah, cepat  bertaubat, maka dapat juga pahala.

Surah Al Kahfi, 18:7 (Ayat no 2 – ms 15, Buku Erti Kehidupan)

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى ٱلْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.
Allah tuntut 2 perkara.
1.     Kuatkan iman
2.     Tambahkan Amalan

Al Kahfi, 18: 46
ٱلْمَالُ وَٱلْبَنُونَ زِينَةُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَٱلْبٰقِيٰتُ ٱلصّٰلِحٰتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.

Harta dan anak2 adalah perhiasan ( aksessories) dunia, Sesuatu yang kekal abadi, ialah amalan dan iman, lebih baik manfaat dan balasan yang perlu ditaruh harapan.
Jangan focus aksesories, lupa yang foundation dan asas. Jangan terpengaruh dengan aksesories sampai tumpuan terjejas. Jaga IMAN dan AMAL (Ahsanu amala). Prioritykan itu, Insya Allah, hidup kita akan berjaya. Kalau terbabas, cepat kembali balik.
Perlu selalu diingatkan.



No comments:

Post a Comment