Thursday, 12 July 2018

EK MAQDS K16 11 .7.18 B2 ALQURAN ADLH PEDOMAN UTK MENEMUKAN MAKNA HIDUP YG SEBENARNYA 1.HIDUP DUNIA ADLH UNTUK BERIBADAT MS12.

KELAS 16 (Rabu, 11.07.2018) 
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah 


BAB 2 - Al-QURAN ADALAH PEDOMAN UNTUK MENEMUKAN MAKNA HIDUP YANG SEBENARNYA.i. HIDUP DUNIA ADALAH UNTUK BERIBADAH, MS 12 (Ayat 1-3 Recap)

Aktiviti harian akan ada nilai sekiranya ada elemen dan niat ibadah. Besar mana Hebat mana perbuatan kita itu tiada nilai di sisi Allah, sekiranya tidak di niatkan kerana Allah.
Suap nasi kepada anak, ibu bapa yang tua, niat kerana Allah. Tinggi nilainya. Elemen ibadah tidak boleh lari dari setiap aktiviti

Sebgai contohnya, niat menimba ilmu, agar amalan betul dan sesuai dengan kehendakmu. Datang ke kelas kerana iman kepada Allah.

Jangan LUPA masukkan elemen ibadah dalam semua aktiviti kita
Misi dan matlamat hidup di dunia – Cinta Allah melebihi yang LAIN.

Kisah Rabiyatul Adawiyah, keistimewaan dengan nyanyian dan suaranya dan mata yang sangat cantik, menghiburkan orang. Kemudian dia diberi hidayah, bertaubat dan beribadah dan beramal soleh. Sehingga dia terkenal sebagai wanita taat.

Surah Anbiya, 21:90: (Ayat no 4 – ms 12 Buku Erti Kehidupan)

فَٱسْتَجَبْنَا لَهُۥ وَوَهَبْنَا لَهُۥ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُۥ زَوْجَهُۥٓ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ يُسٰرِعُونَ فِى ٱلْخَيْرٰتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا۟ لَنَا خٰشِعِينَ

Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepada nya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu' kepada Kami. (Al Anbiyaa 21:90)

Tanda-tanda orang mencintai Allah melebihi yang lain: -

Pertama – bertanding tanding/berlumba laju siapa yang paling cepat/bersegera …bukan sahaja dalam satu kebaikkan, tapi benda-benda lain yang baik. (fil khairat-banyak). Kerjasama.
Collaborate!
*Support/Sempurnakan apa yang sudah ada, jangan berlumba buat benda yang sama.
Yusariunna: Saling/Mutual – Musyarakah
Innahum Kannu ( dahulunya buat didunia berlumba lumba buat banyak kebaikkan) – past continuous tense.

Berapa banyak? – setiap nafas kita, banyak kebaikkan yang boleh dibuat. Banyak perkara lain yang boleh dibuat, sebanyak nafas kita. Pada setiap nafas kita, diminta mesti ada kebaikkan yang masuk dalam akaun kita, Cuma manusia lalai, leka.
Apa jua benda baik yang terlintas, dan terus teringat dan terbayang, maknanya Allah suruh kita buat. Syaitan pula pujuk jangan buat. Dijadikan Allah kita terfikir benda baik itu, Maknanya, Allah suruh buat. BUATLAH . Jangan pikir lama lama

Kalau itu yang selalu terbayang/fikir. BUAT. Ikhlaskan niat kita dan berhubung selalu dengan Allah. Banyak perkara yang jika diukur dengan kapasiti kita, memang Nampak tak berkemampuan. Syaitan bisikkan keraguan untuk tidak percaya kan diri dan Tuhan. Ikhlaskan, insya Allah ada yang akam membantu dan menyempurnakan. Kadang2 orang ragu, tidak ada bantuan. 

JADI, jadilah orang yang MEMBANTU dan MEMBERI SOKONGAN kepada orang lain. Janganlah kedekut dengan sokongan malah beri pula kata-kata negative.
BERUSAHA mengambil bahagian, dalam setiap apa yang orang lakukan  dari segi doa, sumbangan dan kata-kata semangat. Ucapkan - Saya yakin ALLAH akan bantu awak.

Kedua – Mereka sentiasa berharap dan berdoa kepada Allah. ‘Ngaraban’ – mudah/selesa. Orang beriman doa dalam senang dan susah. Jangan pandang remeh dan sombong perkara yang mudah, sebab Allah boleh jadikan ianya susah pula. Pada prinsipnya dalam dunia, tak ada yang susah mahupun senang, yang susah. Yang susah, sebab Allah yang jadikan susah dan yang mudah, Allah yang bagi mudah. Maka sentiasalah optimis dan selalulah berdoa
Image result for doa dimudahkan yang susah
Dalam buat sesuatu,jangan terus rasa negative dan susah. Orang mukmin, cara menilainya begitu. OPTIMIS diiringi dengan doa. Doa dalam keadaan mudah/senang dan cemas/susah.
Orang biasanya, masa senanglah yang dia lupa nak ingat Allah.

Ketiga – Mereka itu orang yang khusyuk (hasyi-in). Selalu/Banyak khusyuk (Usaha untuk khusyuk SENTIASA). Khusyuk adalah manifestasi dari cinta kepada Allah. Korbankan yang lain/ketepikan yang lain

3 Cakupan khusyuk dalam solat
SATU - qablah solah – khusyuk sebelum solat
Perlu ada persiapan sebelum solat agar khusyuk. 10 minit sebelum solat . Khusyuk menuntut kita sedia. Kita yang menunggu solat. Reserve the time. Bagi orang yang cinta Allah, itu tidak menjadi masalah, kerana inilah masa nak mendampingi ‘CINTA ‘. Maka buatlah persiapan.
DUA – fissolah – dalam/semasa solat . 10 minit masa solat
TIGA- bagdasolah – selepas solat. 10 minit lepas solat. Orang khusyuk lepas solat, takkan berlalu begitu sahaja, dia sayang nak meninggalkan tempat solat.
Jangan bagi masuk kacau fikiran2 lain selain dari mengingati Allah dalam solat. Tepiskan apa jua fikiran lain. Dibuang fikiran selain dari Allah
Orang yang bercinta dengan ALLAH, mengadu dalam susah dan senang. Baik dan buruk. Akrab sentiasa.

*Nak sembang dengan Allah – solat, NAk dengar Allah berbicara – baca Al Quran
Keempat – Kenal betul dengan ALLAH. Meletakkan Allah sesuai dengan kedudukkannya. Tuhan yang menciptakan aku dan segala yang ada . Semua balik kepada Allah. Kenapa nak sembah yang lain. Surah Yasiin – Habib an Najar – kerana dia yang menciptakan aku, maka semua urusan balik kepada dia, berikan semua. Kenapa nak sembah selain dari Allah.
Buah ‘KENAL’ Allah adalah IBADAH.

Surah Thaaha, 20:14: (Ayat no 5 – ms 12 Buku Erti Kehidupan)


إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدْنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكْرِىٓ

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku. (Thaahaa 20:14)

Allah memperkenalkan dirinya. Tiada tuhan melainkan aku.  Fangbudini ( Sembah hanya keapda ku) Tiada yang lain. Buah Kenal Allah adalah IBADAH.

IBADAH yang paling utama SOLAT
Sungguh Berjaya orang yang beriman,

Ukuran iman seseorang itu kepada Allah-
1.Ukuran pertama adalah solat yang khusyuk? UKURLAH. Quality ke tidak? Kalau lambat dan lengah solat, maknanya iman masih belum mantap.
Berapa banyak ingat Allah dalam solat. IMAN kayu ukur utama adalah SOLAT. SOLAT kayu ukur dia adalah Khusyuk, KHUSYUK kayu ukurnya adalah INGATNYA KEPADA ALLAH. (zikri)

Surah Al Mu’min, 40:65: (Ayat no 6 – ms 12 Buku Erti Kehidupan)


هُوَ ٱلْحَىُّ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ فَٱدْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ ۗ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعٰلَمِينَ

Dialah Yang hidup kekal, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah Dia dengan memurnikan ibadat kepada-Nya. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. (Al Ghaafir 40:65)

Sifat  dan nama Allah, Maha Hidup. Kita mungkin lupakan Allah, tapi Allah sentiasa ingat kita. sedekat urat di leher kita. Kita mungkin jauh dari Allah, tapi Allah sentiasa dekat dengan kita.

Bila kita kenal, Allah maha Hidup dan kita bergantung segalanya kepada Allah. Ibadah yang betul, adalah ibadah yang ikhlas. Ikhlas ialah, apabila orang tak appreciate /tak hargai apa kita buat, tidak menjejaskan semangat kita. Kita teruskan walapun apa jua ‘outcome’

Tanda kita tak ikhlas, ketika orang tak hargai, kita mula jadi malas dan tak bersemangat.
Dalam keadaan apa jua, dia tetap ikhlas. Puji ke tidak. Sebut Alhamdulillah sentiasa. Tanda ikhlas, tidak henti memuji Allah swt. Tak banyak complain. Sentiasa mengharapkan, Mudahan2 Allah memberi pahala yang besar.

Indahnya hidup kita bukan pada berapa banyak kita dapat, tapi dalam berapa banyak kita berkorban. Seronok dapat benda hanya sekejap. Pengorbanan akan rasa seronok lama. Dalam setia ibadah, ada pengorbanan.




No comments:

Post a Comment