Wednesday, 4 September 2019

EK MAQDS K60 4.9.19 B5 KEHIDUPAN AKHIRAT II. TIDAK SAMA ANTARA AHLI DUNIA DAN AHLI AKHIRAT MS41.42


Erti Kehidupan Mengikut Al Quran dan Sunnah Pg 41 and 42
Tidak Sama Antara Ahli Dunia dan Ahli Akhirat
Surah Shaad 38:28
*********************
Patutkah Kami menganggap orang2 yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh sama dengan orang-orang yang berbuat kerusakan di muka bumi? Patutkah pula Kami menganggap orang2 yang bertaqwa sama dengan orang2 yang berbuat maksiat.
Kepada orang beriman Allah ada kasih sayang..Allah sangat rauf..simpati mudah tersentuh dan rahim..sayang
Sakit orang beriman tak sama dgn susah orang kafir
Susah orang beriman tak sama dgn susah orang kafir
Perumpaan seorang guru dgn anak murid
a. Yg baik rajin dekat dgn guru
b. Yang nakal jahat sombong
Ujian lebih kurang sama sahaja.tetapi adakah sama orang beriman dan orang kafir?. NEVER.
Orang beriman dan beramal soleh v orang yg tak beriman dan orant tak beramal soleh.
Cara hidup fikir berbuat orang Ahli Akhirat dengan Ahli Dunia
Confident level lain mcm...Yakin dgn Allah.
Pegang ini..Allah  tak jadi sama orang
Beriman v  tak beriman
Taqwa v buat maksiat/dosa
Takut bila buat dosa dan maksiat. Kalau isi hari dengan amal soleh...kenapa nak takut.
Yakinlah dan minta doa matilah aku dalam khusnul khatimah. Kerisauan hanya bila kita buat dosa. Yakin Allah dekat dgn kita.
Hidup ahlul akhirat tak sama dengan ahlul dunia dalam segala aspek.
Rawatan untuk orang yang depression?.
Ianya adalah masalah iman. Hilang takut. Kalau benar iman kita..tak perlu takut dan sedih..
Masalah tidak kekal dlm masalah...dia kan ada perubahan..ada susah n sedih..tapi tak lama...akan keluar dari masalah itu.
Islam agama untuk semua...pelbagai..bukan utk orang yang tegar dan kuat sahaja. Semua ada penawarnya
Apa yang akan kekal..keyakinan dan keimanan...Allah Masa Berkuasa..Ketenangan bergantung pada keimanan..
Tunjuklah dan huraikan ayat Quran yang membina keyakinan...
Surah Al Qashash, 28:78-80
*****************************
79.Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang2 yang menghendaki kehidupan dunia : "Moga moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; Sesungguhnya ia benar2 mempunyai keberuntungan yang besar"
80. Berkatalah orang2 yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang2 yang sabar.
Qarun pandai berniaga dan juga ilmu agama hebat. Dia sangat bertuah di dunia..menguasai byk perkara di dunia dan ini menyebabkan
Nabi musa cerdik tapi tiada kekayaan.Qarun rasa dia lagi hebat dari Musa...
Bila lihat orang yang hebat kaya tapi jauh dari Allah..kita mcm mana
Kalau kita teringin nak jadi mcm qarun..wlpn kita tahu qarun kafir dan buat melampau. Ahlul dunia akan terpengaruh dengan kakayaan dan kemewahan orang kafir.
Rasul kata...2 golongan yg kamu boleh jeles dan bercita cita nak jadi mcm tu:
1. Orang2 yg diberi ilmu kitab dan beramal siang malam..malam qiyam..siang pergi ajar org, sedekah
2. Orang2 yang diberi harta kekayaan dan digunakan siang malam kejalan Allah.
Kalau impress dgn kekayaan dia sahaja..kita Ahlul dunia....
Ahlul akhirat akan pandang dgn ilmu bukan dgn nafsu...
Ahlul akhirat nak berlumba untuk membuat kebaikkan amal soleh. Pandang nilai pahala yang akan dpt. Pertimbangannya yg lain.
Jadi Sumbang...terbabit. Agar dpt turut dalam kebaikkan itu
Kira2. Pandangan terhadap harta dan kemegahan dunia
Ahli Akhirat = Pahala Akhirat dan makin dekat dengan Allah
Ahli Dunia =  $$ dan kekayaan
Kesimpulan orang yg tahan godaan dunia
Hanyalah orang2 yg benar2 sabar...yg sabar dgn godaan dunia dan tetap mencari pahala akhirat.
Tiada beza amalan dunia dan akhirat kecuali dengan NIAT. Cthnya berniaga utk akhirat.
Kisah sahabar yg asyik beribadat siang malam di masjid. Nabi tanya siapa yg uruskan nafkah anda dan keluarga?. Abanf saya...Nabi kata Abang anda lebih baik dari anda
Kejar akhirat bukan dgn bergantung pada org tapi kita berusaha sendiri...
Ahlul Akhirat
Bila banyak harta - dia fikir mcm mana nak belanja dgn baik
Bila tak dpt harta - dia sabar...dia tenang. Dia Yakin. Dia cari hikmah sebaliknya.
Tapi ahli dunia jadi kecewa dan marah semua org..blame mcm2.
Niat berbuat di dunia ini sangat mustahak. Jaga niat kita.
Surah Ar Radd 13:16
**********************
Katakanlah: "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Jawabnya: "Allah" . Katakanlah:
"Maka patutkah kamu mengambil pelindung pelindungmu dari selain Allah, padahal mereka tidak menguasai kemaanfaatan dan tidak (pula) kemudharatan bagi diri mereka sendiri?". Katakanlah: " Adakah sama orang yang buta dan yang dapat melihat, atau samakah gelap gulita dan terang benderang; apakah mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaan- Nya sehingga kedua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?" Katakanlah: "Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia-lah Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Perkasa"
Surah As Syuara, ms 307, ayat 70-73, 78
******************************************
إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِۦ مَا تَعْبُدُونَ
Ketika ia berkata kepada bapaknya dan kaumnya: "Apakah yang kamu sembah?"
(Asy Syu'ara 26:70)
قَالُوا۟ نَعْبُدُ أَصْنَامًا فَنَظَلُّ لَهَا عٰكِفِينَ
Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala dan kami senantiasa tekun menyembahnya".
(Asy Syu'ara 26:71)
قَالَ هَلْ يَسْمَعُونَكُمْ إِذْ تَدْعُونَ
Berkata Ibrahim: "Apakah berhala-berhala itu mendengar (doa)mu sewaktu kamu berdoa (kepadanya)?,
(Asy Syu'ara 26:72)
أَوْ يَنفَعُونَكُمْ أَوْ يَضُرُّونَ
atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudharat?"
(Asy Syu'ara 26:73)
ٱلَّذِى خَلَقَنِى فَهُوَ يَهْدِينِ
(yaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku,
(Asy Syu'ara 26:78
Orang beriman optimis dengan harapan dan keyakinan dgn rahmat Allah. Dia pandang kelainan orang lain ie org jahil ke org baik...sebagai penaik semangat. Ahlul akhirat bersangka baik tiap kali pada Allah dan orang lain.

No comments:

Post a Comment