Wednesday, 17 July 2019

EK MAQDS K55 17.7.19 B5 KEHIDUPAN AKHIRAT I.KENYATAAN DAN GAMBARAN KEHIDUPAN AKHIRAT MS39

Kenyataan dan Gambaran Kehidupan Akhirat Ms 39
Surah An-Naazi'aat,79:37-41
******************************
Adapun orang yang melampaui batas
dan lebih mengutamakan kehidupan dunia
Maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya)
Dan adapun orang orang yang takut kepada kebesaran / berdiri dihadapan (makam)Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya
Maka sesungguhnya syurgalah tempat tempat tinggalnya
Semua ada batasnya
Cakap? Boleh . Jangan dusta n cela
Duduk? Boleh. Jangan kosong..zikirlah
Dengan ingat takut bila nak berdiri depan Allah maka kita akan tahan keinginan nafsu terhadap perkara yg melampaui batas dan kemaksiatan..
Berbaloi ke ikut hawa nafsu?. Mcm mana nanti nak diri depan Allah. Mcmmana nak lawan nafsu?. Bila pikirkan akhirat. Setiap perkara akan disoalkan.
Untuk mendapatkan syurga kita kene tahan keinginan hawa nafsu dgn takut dgn balasan akhirat.  Nak dpt neraka..senangje..ikutilah hawa nafsu
Surah Al Qashash, 28:83
**************************
Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang2 yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang orang yang bertaqwa.
Hadis Nabi
Siapa yang merendahkan diri kerana Allah..utk dapat redha Allah..bukan pujian manusia...pasti Allah akan angkat dan tinggikan darjatnya disisiNYA.
Hiasi diri dgn tawaduk...meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Sesuai pada tempatnya.  Ketika kita ada benda tu dan diperlukan,maka itu bukan sombong dan menunjuk nunjuk.
Perlu ada izzah..saya elok sebab Allah elokkan
Kalau dihina pula dgn sesuatu yg tak patut...kita blh pertahankan diri kita...Nabi Yusof menjelaskan mimpi.
Kerosakan/ Fasaddan yang dimaksudkan
1. Kerosakan Akidah - orang terbabit dalam syirik
2. Melakukan Maksiat
3. Hubungan - ikatan silaturahim..saudara...sahabat..ukhwah..
4. Harta Benda
Akhirat didapatkan dgn menghilangkan kesombongan dan menghindarkan kerosakkan
Surah Al Kahfi, 18:49
**********************
Dan diletakkanlah Kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis didalamnya, dan mereka berkata "Aduhai celaka Kami, kitab Apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada tertulis. Dan Tuhanmu tidak akan Menganiaya/Menzalimi seorang juapun.
* ya hasrah..oooi celakanya aku...menunjukkan lebih penyelasan..yg begitu mendalam.
Surah Al Haqqah, Ayat 19,  ms 567
Surah Al Haqqah, Ayat 25- 30ms 567
Surah Al Insyiqaq, Ayat 10-12, ms 589
*************************************
Dan adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah belakang
Maka dia akan berteriak : Celaka Aku
Dan dia akan masuk kedalam api neraka yang menyala nyala
Hadis Nabi
Bila buat silap..segera secepatnya bertaubat. Kalau buat pagi..taubat pagi...dosa tak masuk catatan. Kalau dosa malam..taubat terus malam itu...kalau dah catat macam mana???..Taubat lagi!!!! Sampai mati!
Jangan suka mendedahkan aib orang lain. Suka untuk menyembunyikan aib orang.
Allah tak akan dedahkan diakhirat kalau kita jaga.
Surah Al Haqqah, Ayat 18, ms 567
***********************************
Pada hari itu kamu akan dihadapkan/papar/pamerkan kepada Tuhanmu, tidak ada sesuatupun daripada kamu yg tersembunyi bahagi Allah
Hati2 share benda. Bahaya di zaman media social.

No comments:

Post a Comment