Friday, 27 April 2018

EK MAQDS K1 10.1.18 PENGENALAN - ERTI KEHIDUPAN MENURUT ALQURAN DAN AS-SUNNAH -EK MAQDS

KELAS 1 (Rabu, 10.01.2018)
Erti Kehidupan Menurut Al Quran dan As Sunnah

  • Bermulanya kelas tafsir Maudu’i (berkisar tema dalam Al Quran)
Makna Kehidupan
  • Bermula dengan kehidupan, akhir juga dengan kehidupan 
  • Roh kekal hidup dan tak kenal mati 
  • Dunia ini untuk bersusah dahulu dan bergembira di akhirat 
  • Quran adalah wahyu /qalam dari Allah, unsur ketuhanan 
  • Sunnah Nabi – Adalah ayat dari Nabi Muhammad SAW, ada unsur kemanusian dan mempunyai tarikkanya sendiri 
  • Menimba ilmu pengetahuan perlu selalu diperbetulkan niat iaitu mendapatkan keredhaan Allah. Dengan ilmu, kehidupan ini akan terang dan jelas, rasa tenang 
  • Pada zaman nabi, umat islam tidak memandang remeh akan apa jua keburukkan dan begitu juga dengan apa jua kebaikkan walau kecil. Sahabat-sahabat Nabi, akan melihat kesalahan sebagai kesalahan yang amat besar dan segera bertaubat. Mereka tidak akan menunda/melengahkan taubat 
  • Pada zaman ini, Manusia memandang remeh akan kesalahan dan menunda-nundakan taubat 
  • ‘Tidurlah kamu dalam keadaan kamu dizalimi bukan tidur kamu dalam keadaan kamu menzalimi'. 
  • Tiada dalam dunia ini 50-50 (fair/equal) iaitu biarlah orang menzalimi kamu dari kamu menzalimi orang lain (dimana kamu berada di pihak yang tak akan selesa ketika di akhirat jika menzalimi). 
  • Jika kita seorang ketua/boss, pastikan kita lakukan yang terbaik untuk pekerja kita 
  • Jika kita sebagai ibu bapa - kita pastikan kita lakukan yang terbaik untuk anak-anak kita 
  • Hidup Zuhud/ Zuhud Dunia – 
    • Mengambil apa yang kita perlu sahaja 
    • Jadikan apa yang kita dapat lebih untuk digunakan di jalan Allah
  • Ilmu tidak bermanfaat jika ada cinta dunia 
  • Makanan
    1. Akal – ilmu pengetahuan 
    2. Jasad – makanan dan minumam 
    3. Hati – Cinta kepada Allah dan Rasul 
  • Bekal kita untuk akhirat ialah apa yang ada ditangan kita, jika kita ada anak – jadikan anak itu bekalan akhirat untuk kita dengan mendidiknya dengan penuh kasih sayang, jika kita ada harta, jadikan harta yang kita ada itu bekal untuk akhirat kita dengan besedekah.

No comments:

Post a Comment